Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Showing posts with label penulisan. Show all posts
Showing posts with label penulisan. Show all posts

Sunday, May 8, 2016

Sesi Bedah Buku bersama Dr Zaharuddin Abdul Rahman

Sesi Bedah Buku bersama
Dr Zaharuddin Abdul Rahman
======================
Belajar buat banyak perkara dalam satu waktu, tidak bertangguh dan memberi prioriti. Bila kita boleh buat perkara terbaik, yang utama, kesibukan juga boleh diurus dan membuat banyak perkara dalam satu masa.
Carikan unsur barakah dalam kehidupan. Barakah akan jadikan banyak kerja boleh siapkan dalam satu waktu.
Kemampuan yang kita kembangkan, belajar cara menulis, praktikkan dalam penulisan, kemahiran dalam mencari keberkatan.
Setiap perkara ada sebab kita mahu lakukan. Menulis dapat menolong diri sendiri bagi belajar.
Akan datang satu masa orang tidak ambil endah dari mana sumber pendapatan mereka. Semua ini akan ditanyakan di alam barzakh. 
Jangan kamu masuk ke dalam pasar sebelum kamu tahu hukum hakam ( ada dalam buku riba). Ibnu Abas berkata orang yang makan riba ibarat orang yang ambil senjata bagi berperang dengan Allah.
Bagaimana mahu datang ilham atas kesilapan? Maka saya (Dr Zaharuddin) tulis tentang sedekah. Perbuatan baik boleh halang kecacatan, bagi peluang rasa nak mengajar. Sedekah dan doa membuka ilham pada diri dan orang lain.
Catatan ringkas
PBAKL
8.Mei.2016

Tuesday, August 4, 2015

Tip Penulisan



Bismillah.

Minggu lalu saya menghadiri rumah terbuka rakan satu sekolah. Alhamdulillah ramai rakan sekolah, rakan seuniversiti yang hadir. Ia masa dan kesempatan untuk bermaha mesra dan bertanya khabar. Seorang teman menyapa saya sambil bertanya, sekarang ini saya sedang tulis buku apa? Kata saya ada macam-macam projek penulisan, buku pun ye, artikel untuk pembentangan pun ye. Pendek kata jika tengok pada senarai memang tidak menang tangan.

Realtinya menulis ada ketika tidak boleh dipaksa, ada masa mood menulis tiada disebabkan terlalu banyak kerja-kerja lain yang perlu disiapkan, ia juga amat bergantung kepada mood. Ilham menulis datang tidak tentu masa. Ada waktu tengah bawa kereta, ada masa sewaktu berbual atau menonton TV. Terkadang bila kita mengadap komputer dan seperti rasa amat bersedia, ilham terbaik itu tidak pulah hadir.

Menulis adalah hobi, ia minat yang perlu sentiasa dipupuk dan menjadi sebatihingga menulis jadi satu ketagihan. Apapun pastnya kita bukan menulis untuk mengecam, mencerca serta mengkritik orang lain. Tulisan biarlah sesuatu yang manfaat agar ia menjadi ladang pahala untuk kita.

Menulis perlukan satu disiplin yang tinggi. Ia tidak mudah bagi yang bekerja dan ada tangugngjawab dengan keluarga. Pendek kata kita perlu mencuri masa yang ada barulah dapat ruang untuk menulis. Ada banyak platform untuk menulis sekarang ini baik di FB, blog, twiter dan lain-lain. Bezanya bagaimana menulis disemua platform itu dan satu masa bagaimana ia dapat menjadi buku. Ia satu hal yang kadang kita tidak pernah terfikir.

Pada saya, menulis adalah cara kita berkongsi idea dan pandangan. Mungkin tidak semua idea kita diterima namun ia perlu diketengahkan dalam bentuk penulisan agar kita dapat berkongsi. Jika ia baik maka sudha pasti ganjaran kebaikan untuk kita. Apa jua elakkan dari menulis dan berkongsi perkara yang tidak baik kerana ia saham dosa untuk kita juga.

Wallahuaalam.


Saturday, December 13, 2014

Belajar dari pengalaman


Bismillah,

Kehidupan pastinya perjalanan yang kita tidak dapat jangkakan apa yang ada dihadapan kita. Apa yang mampu kita lakukan adalah dengan merancang berbekalkan perancangan dan juga strategi yang disusun. Dalam masa sama ilmu dan juga pengalaman pastinya bakal membantu kita menjalani hidup yang lebih bermakna. Percubaan demi percubaan yang kita lakukan demi memastikan apa sahaja yang diperbuat menjamin hasil yang manfaat serta memberi kejayaan bergantung kepada usaha gigih dan doa yang berterusan kepada Yang Maha Pencipta. 

Saturday, May 3, 2014

Kelebihan menuntut ilmu


Bismillah,

Ungakapan ramai di kalangan kita mahu berjaya. Tidak sedikit yang mahu berusaha bagi mencapainya, namun adakala mereka kurang sabar apabila menerima cabaran. generasi sekarang mudah mengeluh, cepat penat dan jemu menimba ilmu dan pengalaman sebagai bekalan. Bekas pensyarah saya ada berkongsi mengatakan dua orang professor yang dikenalinya mengambil masa 10 tahun bagi menamatkan PHD mereka.

Saya bertanya, kenapa sampai 20 tahun. Kata professor Madya tersebut ia tidak lain kerana mereka mahu menimba sebanyak mungkin ilmu. PhD yang diperoleh sesuai dengan ilmu yang ada dalam dada.

Terfikir saya bagaimana kita sekarang ini semuanya mahu segera dan cepat. Apa yang cepat dilihat sebagai hebat. Realtinya menuntut ilmu tidak sama dengan mengeluarkan barangan di kilang, bila cepat diproses maka ia dikiran cekap. Ilmu pula amat berbeza. ia perlu digali, dicanai, diteliti, ditapis segala intipati dan dipraktikkan bagi memastikan keberhasilan yang menjamin kualiti.

Menuntut ilmu perlukan semangat juang yang tinggi. Ilmu perlukan pengorbanan. Tidaj mudah bagi yang cepat lelah dan hanya mahukan jalan pintas.

Beruntug bagi orang sabar dan ikhlas menuntut ilmu. Janji tuhan bagi yang menimba ilmu akan ditingkatkan darjat mereka.

Wallahuaalam  

Wednesday, February 26, 2014

Tips menjadi Penulis



Bismillah,

Ramai mahu menjadi penulis. tapi banyak persoalan menjengah. Antaranya:

Bila masa mahu menulis?
Bila ilhan tiada bagaimana mahu meneruskan?
Apa yang mahu dikongsi?
Bolehkah idea diterima?
Bagaimana reaksi pembaca?
Layakkah orang seperti kita?
Siapa yang mahu baca tulisan kita?
Masih relevenkah apa yang akan dikongsi?


Thursday, October 10, 2013

Diari Penulis

Bismillah,

Segala puji dan kesyukuran kepada Allah atas nikmat yang tidak terhingga. Hari ini dan kelmarin mendapat berita ke dua buku yang terbit pada bulan Jun baru-baru ini telah diulang cetak. Saya rasa amat terharu dengan sokongan dari pembaca. Apa yang lebih saya harapkan agar semua ilmu yang bermanfaat akan menjadi pahala di akhirat nanti. 

Sekarang ini saya sedang mempersiapkan buku Motivasi 3i untuk wanita. In sya Allah moga-moga hujung/awal tahun ia dapat diterbitkan dan sampai kepada pembaca. Buku yang terbaru ini hadiah buat wanita yang sering tercari resepi bahagia dan berjaya. ia kesinambungan dari buku motivasi 3i yang dikupas berkait dengan wanita. Membicarakan pelrbagai persoalan berkait wanita dan dalam masa yang sama membawa kisah wanita yang hebat yang boleh dijadikan contoh dan sumber inspirasi buat wanita. 

Menulis menjadi satu keseronokan jika ia memberi manfaat kepada pembaca. Namun ada banyak halangannya. Ia bukan satu perjalanan mudah kerana disiplin dan ketekunan amat dituntut. Moga Allah permudahkan perjalanan dakwah ini serta memberikan ilmu dan ilham yang baik bagi dikongsi bersama pembaca. 
Wallahuaalam.  

Tuesday, August 27, 2013

Diari Seorang Penulis : Buku Poligami

Bismillah,
Posting kali ini saya mahu memperkatakan tentang penulisan berkenaan poligami. Ia topik yang hangat kebelakangan ini sementelah ada golongan ilmuan yang berpengaruh mengamalkan poligami. Sudah agak lama saya mahu menulis secara terperinci namun ia juga melibatkan masa,. Menulis memerlukan saya menelaaah dan mengkaji tentang pelbagai. Bila saya menulis ia bukan bermakna saya lebih arif atau pandai serta bijak dari tuan puan pembaca budiman. Menulis memberi peluang untuk saya menelaah dan mengkaji serta menambah ilmu. Lebih banyak saya membaca lebih banyak saya sedari bahawa ilmu saya amat cetek. 
Sesungguhnya dunia penulisan membantu saya banyak perkara terutama dalam mentarbiyyah diri sendiri serta keluarga. Menjadi penulis bukan bermakna saya celik segala, ia memberi signal dan ingatan kepada saya agar mempraktikkan apa yang dikata. Menulis memberi ilham untuk merealisasikan apa yang mahu diperbuat dalam kehidupan. Segala-galanya dari Allah. Semalam seorang insan yang baru sayak kenali yang banyak ilmu dan pengalaman mengingatkan kepada saya agar tidak riyak dan merasa ujud. Masya Allah ia satu ingatan yang berguna pada saya. Sesungguhnya semua yang ada itu milik Allah yang dipinjamkan. Ilmu yang diberi itu hanya sekecil-kecil zarah dari banyaknya ilmu Allah. 

Maka untuk kesekian kalinya saya mengharapkan pertolongan Allah agar misi untuk menulis buku berkenaan poligami serta buku bertajuk "Masalah dan penyelesaiannya dair sudut pandang Islam" yang dalam pembikinan ini dipermudahkan olehNya. Moga Dia memberi ilmu dan ilham buat saya meneruskan misi dakwah ini. Saya percaya ramai yang lebih arif dari saya, namun sebagaimana saya katakan menulis ini membantu saya yang masih dalam proses belajar dan mahu menambah ilmu. Sokongan pembaca saya dahulukan terima kasih terutama yang sentiasa mengikuti tulisan saya... 
Wallaahuaalam.

Friday, May 31, 2013

Membina Keluarga Bahagia




Alhamdulillah sempena kedatangan Jumaat yang barakah akhirnya saya berjaya menyiapkan draft buku Membina Keluarga Bahagia. Dengan segala macam kerja yang perlu dibereskan ada rasa sepeti tidak percaya boleh menyiapkannya.. ternyata Allah mempermudahkan jalan dan urusan..