Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Saturday, December 13, 2014

Belajar dari pengalaman


Bismillah,

Kehidupan pastinya perjalanan yang kita tidak dapat jangkakan apa yang ada dihadapan kita. Apa yang mampu kita lakukan adalah dengan merancang berbekalkan perancangan dan juga strategi yang disusun. Dalam masa sama ilmu dan juga pengalaman pastinya bakal membantu kita menjalani hidup yang lebih bermakna. Percubaan demi percubaan yang kita lakukan demi memastikan apa sahaja yang diperbuat menjamin hasil yang manfaat serta memberi kejayaan bergantung kepada usaha gigih dan doa yang berterusan kepada Yang Maha Pencipta. 


Benar kata pujangga, setiap yang berlaku banyak hikmahnya. Ia dari Allah yang mengetahu iapa yang terbaik untuk kita. Saat diri teruji dengan cabaran hidup yang seperti tidak mampu kita menggalasnya maka rujuklah insan yang lebih arif, lebih mengetahui serta berpengalaman melalui apa yang kita alami. Selebihnya diri perlu yakin bahawa tiada satu yang dapat menggagalkan usaha dan ikhtiar melainkan kuasa Allah SWT. Melihat belakang apa yang telah kita jalani sudah pasti ia ibrah yang perlu diambil perhatian. Ibrah atau teladan ini perlu kita hadam agar perkara yang sama tidak datang kali kedua menggagalkan kita dalam meniti cabaran hidup. 

Tiap kali individu gagal sungguh jika kegagalan itu dilihat sebagai peringatan dari Allah agar kita bersedia berdepan dengan cabaran kehidupan yang lebih hebat. Ujian ini akan dapat meningkatkan martabat keimanan seseorang asal mereka faham hidup adalah perjuangan yang singkat yang bermula saat menuju ke alam barzah. Di alam sana realtinya itulah cabaran sebenar diri berdepan dengan kehidupan hakiki. Lalu pengalaman berharga perlu diraih dengan meneliti apa yang terkandung dalam kalam Ilahi. Insan perlu belajar dari kisah kaum yang lalu, fahami bahawa sejarah itu pasti berulang. 

Belajar dari pengalaman dengan menelusuri lembaran sirah dapat membantu diri sentiasa berada di jalan yang lurus menuju hidup abadi mencari redha Illahi.

Wallahuaalam




No comments:

Post a Comment