Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Wednesday, February 26, 2014

Tips menjadi Penulis



Bismillah,

Ramai mahu menjadi penulis. tapi banyak persoalan menjengah. Antaranya:

Bila masa mahu menulis?
Bila ilhan tiada bagaimana mahu meneruskan?
Apa yang mahu dikongsi?
Bolehkah idea diterima?
Bagaimana reaksi pembaca?
Layakkah orang seperti kita?
Siapa yang mahu baca tulisan kita?
Masih relevenkah apa yang akan dikongsi?




Menulis bermula dengan bait patah perkataan. Bila rasa mahu menulis, tulis sahaja apa yang ada di kepala. Jangan rasa gundah gulana. Ada apa ditangan boleh ditulis segala idea. Mahu mudah gunakan gajet yang ada.
Saat mahu menulis ilham pula tiada, tidak perlu susah hati. Ia masa menambah ilmu. banyakkan pembacaan, kerana dari situ idea akan datang mencurah. Ingat menulis menuntut kita memperbanyakkan ilmu.
Jangan takut dengan apa yang mahu dikongsi asal ianya ikhlas dari sanubari dan memberi manfaat.
Jika idea tidak diterima jangan rasa kecewa, menulis dari hati tidak perlu pengiktirafan manusia yang penting apa yang dikongsi boleh mendekatkan insan pada Rabnya.
Jika pembaca tidak suka tidak mengapa kerana siapapun layak menjadi penulis. Jika tida kepada ratusan dan ribuan pembaca, kita menulis untuk insan yang dekat dengan kita. Paling tidak kita menulis untuk ingatan sendiri.
Tulisan kita pastinya ada tujuan dan niatnya. Siapa yang baca yang penting mereka mendapat mesejnya.
Jika apa yang ditulis tidak mencapai maksud dan apa yang diinginkan mereka, maka tidak mengapa... jika kita sekadar menulis untuk suka-suka.

Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment