Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Friday, May 31, 2013

Membina Keluarga Bahagia




Alhamdulillah sempena kedatangan Jumaat yang barakah akhirnya saya berjaya menyiapkan draft buku Membina Keluarga Bahagia. Dengan segala macam kerja yang perlu dibereskan ada rasa sepeti tidak percaya boleh menyiapkannya.. ternyata Allah mempermudahkan jalan dan urusan..



Bukan mudah melaksanakan misi kali ini dengan jadual kerja dan urusan tertentu yang agak padat. Apapun saya bersyukur dengan adanya editor yang tidak putus-putus bertanyakan progress buku sehingga saya sendiri tidak senang duduk.. nak tak nak saya perlu segera siapkan, dan meninggalkan seketika buku lain yang dalam pembikinan...

Moga buku yang bakal dipasarkan oleh penerbit yang baru ini dapat memberikan kepuasan dan juga ilmu yang berguna kepada para pembaca yang sering mengikuti buku-buku tulisan saya... Moga Allah permudahkan untuk meneruskan penulisan buku-buku seterusnya yang masih lagi tertangguh.. Salah satunya adalah Novel Islamik...

Bila kesuntukan masa dan perlu berbahagi masa untuk kerja, rumahtangga, penulisan.. saya terfikir untuk menjadi penulis sepenuh masa... Namun minat saya pada nidang-bodang yang lain tidak menyekat impian ini... Sesungguhnya banyak perkara terpulang kepada diri sendiri...
Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment