Kesempurnaan hidup adalah keinginan semua, ini berkait dengan
menyempurnakan amalan seperti solat, berzikir, berdoa dan banya melakukan
amalan sunatnya selain amalan yang wajib. Bagi memelihara diri agar boleh
menjaga kewajipan amalan serta menambah yang sunat maka kita perlu banyak
melakukan muhasabah diri. Cuba bayangkan seandainya kita mati esok hari apa
bekalan kita. Adakah semuanya sudah mencukupi untuk dibawa kea lam sana?
Yakinlah bahawa setiap yang kita lakukan baik kebaikan atau kejahatan ada dua malaikat
iaitu malaikat Raqib dan Atib yang sentiasa mencatat amalan kita. Oleh itu
pastikan diri kita sentiasa berada dalam ibadat contohnya banyak berzikir
kepada Allah.
Bila mahu berbuat sesuatu kita fikirkan pilihan yang kita
ada. Contoh kita boleh memilih antara iman @ nafsu, dosa @ pahala, syurga @ neraka,
taat @ maksiat, Allah redha @ Allah murka. Bila kita boleh member peluang kepada diri
untuk berfikir sebelum memlakukan sesuatu maka ini boleh menjaga kita dari
melakukan perkara mungkar dan membawa kita mengerjakan perkara makruf. Lalu
biasakanlah diri setiap masa dengan zikir sambil melakukan apa sahaja seperti
sewaktu memandu, melakukan pekerjaan. Bila waktu bersolat ajarlah diri untuk
wirid terlebih dahulu, agar kita ada masa untuk Allah dari perkara-perkara lain
yang berbentuk dunia. Selebihnya, berdoalah agar Allah memelihara kita dengan
rahmat dan taufiqNYA.
Wallahuaalam.
3.Mei.2013
No comments:
Post a Comment