Komunikasi anak-anak dibanding generasi kita dulu amat berbeza, mereka bergaul tanpa ada garis sempadan.. Segalnya boleh dibaca dan dilihat dengan mudah walaupun dibilik tidur, walau jauh berjuta kilometer.. Itulah hebatnya teknologi.. komunikasi dialam maya membawa kepada komunikasi di alam realti.. dari bertemu di fb, twitter ia membawa kepada bercakap-cakap dan bersms menerusi telefon. Tidak sudah disitu ia membawa kepada pertemuan dialam realti.. maka terjadilah date pertama.. bertemu atas nama kawan... lalu dari situ pergaulan tidak lagi ada batas.. ia membawa ke satu kehancuran moral dan akhlak..
Parahnya keadaan dewasa ini, sementelah ibu ayah tiada di rumah kerana bekerja.. anak-anak balik dan pergi ke sekolah tanpa di pantau oleh ibu bapa... Ada yang menyinggah dan duduk berdua-duaan di dalam rumah.. lalu berlaku perbuatan sumbang.. Ada juga yang mengambil kesempatan berpegangan tangan sewaktu beriringan berjalan ke sekolah .. semua ini seperti remeh pada anak muda.. bahkan jika kita berkata perkara-perkara begini ia di anggap sebaga kolot..
Menjaga anak-anak zaman sekarang ternyata tidak mudah.. mereke perlu sentiasa dipantau.. jati diri mereka perlu diperkukuh dengan Aqidah Islam.. Moga Allah melindungi kita dan kaum keluarga kita dari fitnah dan kemaksiatan... Ameen
No comments:
Post a Comment