Persoalannya betulakh orang lain tidak bermasalah seperti kita? Atau kerana mereka diam dan senyum sentiasa maka kita merasakan hanya diri kita yang ada masalah dan orang lain pula tidak sebagaimana kita hingga kita merasa tuhan tidak berlaku adil...
Wahai diri percayalah, setiap perkara yang tersurat ada sesuatu yang tersirat disebaliknya. Kita melihat ornag lain tidak bermasalah walhal masalah mereka lebih besar dari kita. Kita tidak pernah mendengar mereka merungut bahkan mereka lebih banyak diam bukan kerana mereka tidak pernah diuji dengan masalah. Hakikatnya mereka sudah boleh menerima hakikat ujian yang diberi Allah. Mereka menerima dengan tenang dan berusaha menyelesasikan masalah tersebut tanpa menyalahkan Yang Maha Kuasa. Mereka melihat disebalik musibah ada ganjaran pahala bagi mereka yang BERSABAR DAN REDHA.
Wallhuaalam
No comments:
Post a Comment