Setiap kejayaan tidak datang dengan mudah baik dalam apa bentuk kejayaan yang kita mahukan. Kita mahu berjaya dalam pelajaran, perniagaan, pekerjaan, keluarga atau apa sahaja maka tips terbaik adalah melakarkan skrip kehidupan. Apakah yang dikatakan skrip kehidupan? Skrip kehidupan adalah perancangan yang kita tulis dan kita sering nyatakan secara lisan apa yang kita mahukan.
Ramai yang menyebut mahu berjaya tetapi ia tidak ditulis dan dinyatakan secara spesifik. Oleh itu mulai hari ini nyatakan skrip tersebut seperti " saya mahu berjaya mencapai 11A dalam SPM oleh itu saya perlu rajin menelaah pelajaran, saya perlu mengkaji pelajaran dan mengurus masa serta study smart.. " Bagi yang ingin berjaya dalam perniagaan.. "saya mahu berjaya dalam bidang perniagaan training, maka saya perlu lebih gigih menyediakan module-module latihan yang berkesan dan bermanfaat.. " jika mahu berjaya dalam rumahtangga pula maka gunakan skrip yang menyatakan sesuatu yang positif.. "saya mahu anak yang soleh maka saya perlu menjadi ibu contoh dan model kepada anak-anak saya..jika mahu anak saya rajin bersolat maka saya dulu perlu lebih rajin beribadat...
Mahu berjaya? Mulakan merangka skrip kehidupan yang cemerlang dan mulakan dengan perlakuan.. pasti kejayaan akan terhasil.. Percayalah! Setelah kita berusaha, berdoa dan bertawakkal hanya Allah yang boleh menggagalkan kita. Wallhuaalam
No comments:
Post a Comment