Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Monday, April 1, 2013

Berhalus dalam Bicara Berhikmah bila Berbahas



Berbahas dengan berhemah, jangan diguna perkataan yang tidak elok apabila membalas sesuatu perkara yang tidak sukai. Biar orang menyakiti jangan kita menyakiti. Ia telah diberi contoh dan teladan oleh Nabi Muhammad Sallahualaihiwasallam. Bila memberi komen fikirlan terlebih dahulu buruk baik kata-kata kita terhadap orang yang membaca, mendengar dan menjadi pemerhati. Mungkin kita merasakan kita ada alasan dan sebab yang kukuh untuk membalas segala hinaan dan cacian kepada kita, tetapi persoallah kepada diri. Perlukah kita berbuat demikian dan mengikut cara dan jejak yang sama.



Konsep berdebat atau berbahas perlu dengan fakta yang bernas dan buah fikiran yang bijak serta bermanfaat. Kita tidak perlu berdebat hanya kerana kita dipengaruhi oleh emosi tetapi berdebat dan berbahas perlu dengan akal yang waras yang boleh membuat timbang tara kepada baik dan buruk sesuatu perkara. Tidak salah memberi pandangan dan mengutarakan pendapat, tetapi biarlah dengan nada yang baik, niat yang ikhlas serta bertujuan membina bukan memporakperanda. Ingatlah tugas kita semua memupuk kesatuan ummah bukan memecah belah...
Wallahuaalam

No comments:

Post a Comment