Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Saturday, April 20, 2013

PRU 2013: Rasional dalam tingkah laku, jaga akhlak dan adab

Hari ini sekali lagi detik bersejarah terukir bila pengumuman untuk pencalonan calon-calon PRU 2013. Dan ia juga menjadi detik bersejarah kerana hari ini saya menempah tiket untuk pulang mengundi.. Setelah layak mengundi sebanyak 4 kali bari ini kali pertama saya in sya Allah akan menjalankan kewajipan mengundi. Ramai yang bertanya bahkan menyalahkan saya kerana tidak mengundi. Sekali fikir saya tidak mahu mengundi kerana saya tidak minat berpolitik, walaupun tahu politk adalah sebahagian dari agama. Pun begitu saya tetap menyokong dalam senyap mana-mana pemimpin yang layak pada mata saya. 


Hari ini ada pelbagai posting di FB..penuh warna warni memilih pemimpin dan parti yang diminati. Pun begitu perkataan caci mencaci dan kata mengata tetap tidak berhenti. Pada saya berpadalah dalam meraih undi atau berkempen. Semuanya sudah mampu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Jika ada yang tidak sependapat dengan kita maka tidak mengapa. Biar orang lain mengata, jangan kita juga turut mengata. Biar ada rasa marah bila dikecam namun banyaklah bersabar. Kehidupan ini perlu kita lihat banyak iktibar yang boleh diambil. Jangan kita terbawa-bawa dengan keadaan. Sebab itu saya amat percaya ada ketikanya diam itu lebih baik biarpun kita tidak bersetuju, apalagi jika orang yang mahu diberi kefahaman tidak mahu faham. Terlalu fanatik dengan sesuatu hal juga adalah tidak baik. Ini kerana kita akan berkecenderungan menjadi tidak rational dalam bertingkah laku. Moga pilihanraya kali ini memberi satu sinar buat seluruh warga. Wallahuaalam

No comments:

Post a Comment