Selamat hari guru pada semua warga pendidik..
Pendidikan amat penting kepada anak-anak. Ramai ibu bapa memilih pendidikan agama demi memastikan anak-anak bakal lahir sebagai generasi yang beriman dan bertaqwa. Ini adalah satu insiatif yang bagus. Bersekolah di sekolah aliran agama bukan satu lesen yang anak-anak akan lahir menjadi anak yang baik dan beriman. Biarpun tidak semuanya tidak berhasil kerana rata-rata pelajar yang bersekolah agama lebih bagus dari segi syakhsiah mereka kerana ilmu yang dipelajari disekolah.
Sebagaimana yang penulis katakan memang ada segelintir pelajar yang bersekolah agama, tetapi bila mereka keluar ke universiti, berada di alam pekerjaan watak dan karakter mereka tidak lagi bercirikan pelajar sekolah agama. Ada yang tidak segan silu melahirkan karakter, minat dan kcenderungan mereka dari gaya mereka berpakaian, minat yang mereka tonjolkan, rakan-rakan yang mereka gauli serta cara berfikir mereka adakala seperti mereka bukan dari didikan atau hasilan sekolah aliran agama.
Persoalannya kenapa ini berlaku? Adakah ia kesilapan guru walhal pelajar-pelajar ini kebanyakannya cemerlang dari segi akademik. Adakah kesalahan ibu bapa kerana ibu bapa sudah cukup memberikan contoh terbaik kepada mereka. Adakah kesilapan sistem pendidikan yang ada bilaman silibus menekankan juga terhadap nilai-nilai yang perlu.Pada pandangan setengah sen penulis, ini berlaku kerana AQIDAH yang tidak mantap. Mereka belajar agama tetapi tidak meresap ke dalam jiwa. Mereka belajar agama tetapi penghayatan hanya surface sahaja. Mereka belajar agama setakat kehendak ibu bapa tanpa jiwa dan perasaan mereka menghargai ilum yang dipelajari dengan mempraktikkan apa yang mereka pelajari.
Selain dari aqidah, mereka yang sebegini realtinya belum matang, dan masih tercari-cari erti dan makna kehidupan. Mereka masih mengagungkan hiburan yang tiada makna kerana matlamat kehidupan akhirat masih kabur. Dunia yang singkat dan sementara ini dilihat sebagai medan untuk melampias kehendak dan nafsu yang merajai diri... lalu harapan ibu bapa melihat anak-anak menjadi anak yang soleh berkecai...
Bukan salah ibu bapa.. tetapi ia merupakan cabaran kepada ibu bapa untuk sentiasa menerapkan ilmu agama pada anak-anak sepanjang kehidupan.. Anak-anak yang iman mereka kurang mantap perlu sentiasa diingatkan akan matlamat kehidupan. Ibu bapa perlu memahami bahawa ada anak-anak yang merasa dikongkong (dek kerana jiwa mereka masih bercelaru dan cintakan dunia) maka apabila sudah belajar di universiti, sudah bekerja ia seperti satu kebebasan yang bermakna buat mereka untuk buat apa yang mereka suka dan minat, walaupun bercanggah dengan kehendak agama.
Kita perhatikan seorang pelajar yang hebat dan kental imannya biarpun tidak belajar di aliran agama, dikelilingi oleh biah yang kurang Islamik tetapi masih menjaga ciri-ciri Muslim yang sebenar kerana mereka faham kenapa mereka bergelar Islam. Mereka menghayati apa maknanya menjadi hamba Allah.
Biar apapun isu ini hanya berlaku segelintir kepada pelajar aliran agama. Masih ramai yang lahir sebagai cendikiawan terbilang, menjadi pelapis perjuangan ulama. Jangan merasa serik memberi pendidikan kepada anak-anak. Setiap cabaran yang di beri, setiap peristiwa yang allah uji ada hikmahnya. Sebagai ibu bapa jangan putus berdoa agar anak-anak kita menjadi anak yang soleh/solehah.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment