Untuk memahami ilmu aqidah ia sebenarnya satu ilmu yang amat mudah.Ianya telah ditinggalkan kpd kita oleh Allah dan rasulNya dgn maklumat yg amat jelas ..wudhuuhulbaidho' ulama' pada zaman qurun mufaddholah tidak pernah bercanggah pendapat pada hal aqidah. Namun menelusuri zaman, berbagai fitnah timbul antaranya penterjemahan buku2 falsafah yunan, grik kedlm bahasa arab yg mewujudkan fahaman2 baru pada pentafsiran ayat2 mutsyabihaat yg pada asalnya hyalah usaha utk menangani falsafah2 perosak yunan dan lainnya.
Aqidah perlu mengikut manhaj yang dipegang oleh para salafu al-soleh.perkara ini amat penting supaya aqidah yang kita pegangi adalah aqidah yang suci dan sahih sebagaimana yang Rasulullah ajarkan kepada sahabatnya tanpa dipengaruhi oleh aqidah atau pegangan yang lain. Perkataan manhaj yang digunakan adalah bermaksud kayu pengukur atau program yang mana boleh kita rujuki untuk memastikan kesahihan sesutau pendapat atau amalan atau pegangan. Dalam konteks ini ia bermaksud kayu pengukur yang diguna pakai oleh para salaf as-soleh. Realiti kita sekarang ini, ramai antara kita berada dalam krisis nilai. Kita tidak tahu menilai apa yang betul dengan yang tidak, yang sohih dan yamg bathil bahkan ada juga yang samar.
Sebagai contoh, aqidah golongan syiah berpegang kepada Al-Quran & As-Sunnah, ini adalah bersamaan denga golongan Sunni, begitu juga golongan Muktazilah. Kesemua golongan mendakwa mereka betul. Oleh yang demikian, bagaimana dalam hal furu' bila sesorang kafir ingin memeluk islam? Mazhab mana pula harus mereka yang berminat ini akan ikuti? Mengapa Syafei dan mengapa tidak Hambali?Begitulah sebaliknya, inilah yang dinamakan krisis nilai dikalangan umat. Ini belum temasuk pada ideologi modern/barat. Western ideology melalui ilmu-ilmu falsafah yang banyak diterapkan dalam sistem pembelajaran baik pada tahap university, kolej atau tahap awal pembelajaran sejak sekian lama terutama di negara-negara islam sendiri. Ini amat jelas kepada kita tentan keperluan kepada manhaj. Memperkatakan tentang Manhaj, ianya bukanlah dibentuk sewenang-wenangnya melainkan dari istibat dari nas-nas (ayat-ayat al-Quran yang sahih sahaja. Namun timbul pula persoalan bahawa sememangnya manhaj itu sudah disandarkan kepada nas atau dalil naqli tetapi mengapa ia perlu disandarkan kepada manhaj golongan terawal?
Bagi menjawap persoalan diatas, manhaj perlu disandarkan pada golongan terawal pertamanya kerana mereka adalah golongan yang paling dipercaya (thiqah) yang terdiri dari para sahabat yang menerima pengajaran atau sumber direct (secara langsung) atau terus dari Rasulullah. Bahkan ada di antara ayat-ayat al Quran yang diturunkan (asabul-nuzul) kerana kejadian yang berlaku dikalangan mereka. Dari sini golongan sahabat memainkan peranan mengajarkan dan menyampaikannya kepada generasi selepas mereka iaitu tabiin atau tabiin-tabiin yang mana mereka ini termasuk dikalangan mereka iaitu imam-imam besar dalam mazhab 4 iaitu Maliki, Hambali Hanafi dan Syafiie. ini termasuk juga ulama-ulama hadith iaitu Bukhari, Muslim, Tirmizi dan lain-lain perawi.Manhaj golongn terawal ada juga disebut sebagai manhaj golongan yang berjaya .. Manhaj firqah annaajiyah.
Daripada nas-nas yang sahih ini juga ada pula fahaman yang berbeza, maka maka bagaimana pula untuk menentukam fahaman yang benar-benar sahih? Jika dinilai dalam konteks penyelidikan, manhaj atau metodologi merupakan perkara asas yang menjadi tunjang kepada sesuatu penyelidikan. Sebagai contoh dalam menilai halal atau haram sesuatu makanan, maka ia perlu kepada asas atau manhaj yang tertentu. Contohnya yang jelas iaitu menggunakan terminologi yang digunapakai dalam mazhab-mazhab Syafii Hambali, Maliki atau Hanafi. Metodologi kajian yang dijalankan mestilah jelas supaya hasil kajian nanti tidak bercampur aduk antara beberapa mazhab tersebut. Seperti dalam hal hukum memakan buaya, menurut pendapat Maliki ianya halal tetapi syafii kata tidak. Dalam hal usul atau akidah ini, metodologi yang digunapakai mestilah jelas dan disokong oleh dalil naqli..bukan akli.
Definisi
Aqidah menurut bahasa berasal dari kata al-‘Aqdu yang berarti ikatan, at-Tautsiqu yang berarti kepercayaan atau keyakinan yang kuat, al-Ihkamu artinya mengokohkan/ menetapkan, dan ar-rabthu biquwwah yang berarti mengikat dengan kuat.[1] Menurut istilah adalah iman yang teguh dan pasti, yang tidak ada keraguan sedikitpun bagi orang yang meyakininya.
Aqidah Islamiyah adalah keimanan yang teguh dan bersifat pasti kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan segala pelaksanaan kewajiban, bertauhid (Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma’ dan Shifat Allah) dan ta’at kepada-Nya. Beriman kepada Malaikat-Malaikat-Nya, Rasul-Rasul-Nya, Kitab-Kitab-Nya, hari akhir, taqdir baik dan buruk dan mengimani seluruh apa-apa yang sudah shahih tentang Prinsip-Prinsip Agama (Ushuluddin) dan perkara-perkara yang ghaib.
Beriman kepada apa yang menjadi ijma’ (kon-sensus) dari Salafush Shalih, serta seluruh berita-berita qath’i (pasti), baik secara ilmiah maupun secara amaliyah yang telah ditetapkan menurut al-Qur-an dan as-Sunnah yang shahih serta ijma’ Salafush Shalih. [Disalin dari kitab Syarah Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah Oleh Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Pustaka At-Taqwa]
Pemahaman Tentang Aqidah
Akidah dan iman merujuk kepada perkara yang sama. Kekuatan akidah bermaksud keimanan yang teguh. Sebagai langkah untuk memantapkan aqidah, perlu kita melihat kepada asas atau punca kepada iman. Mudah bagi kita untuk mengatakan kita seorang yang beriman, tetapi amat sukar untuk menentukan tahap keimanan kita.lagi sukar untuk memastikan bila masa iman bertambah atau berkurang.apa yang penting, kita perlu ada kesedaran untuk memahami perkara ini...dan tidak akan diperoleh secara percuma tanpa ilmu yang mendalam. Hanya dengan ilmu kita akan dapat memantapkan keyakinan yang merupakan asas kepada keimanan yang teguh. Kepercayaan semata2 tanpa disusuli dengan amaln masih tidak menjamin seseorang untuk menjadi seorang muslim yang sejati. Asas akidah kita adalah tauhid. Tauhid rububiah, uluhiah dan asma wa sifaat menjadi tunjang kepada iman. Tauhid rububiah merujuk kepada keyakinan bahawa Allah adalah adalah Tuhan yang mencipta, Penguasa dan mentadbir sekelian alam.sebenarnya fitrah semula setiap manusia samada Islam atau bukan Islam mengakui hakikat ini. Firman Allah: walain saaltahum man khalaka alsamawat walard layakulunna Allah. Yang bermaksud mereka (kafir) ditanya siapa yang menjadikan langit dan bumi, nescaya mereka akan mengatakan Allah.Pada tahap rububiyyah semua makhluk terima bahawa Allah adalah tuhan tapi pada masa yang sama percaya juga wujud tuhan lain yg menjaga urusan tertentu ..pada tahap uluhiyyah, itulah yg membeza mukmin dgn kafir dimana pd tahap ini kita nengatakan bahawa hanya Allah yg berhak ditujukan segala ibadat dan tiada sekutu bagiNya
Dipetik dari perbahasan Maahad Forum
No comments:
Post a Comment