Kemahiran melihat masalah secara kreatif dan inovatif akan membantu melahirkan guru yang dapat melaksanakan tugasnya dengan baik dan cemerlang. Selain itu keperluan kepada guru untuk membuat keputusan dan bertindakbalas terhadap sesuatu dengan cepat adalah kemahiran yang amat penting dalam menguruskan pengajaran dan pelajar. Malahan pentadbiran di peringkat sekolah juga telah diarahkan untuk bertindakbalas dan membuat sesuatu perancangan dengan cepat dan berkualiti. Oleh itu dalam konteks ini guru-buru perlu membina minda yang positif yang boleh menghasilkan kecenderungan untuk berfikir secara kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan tersebut.
Membina minda yang positif, kreatif serta inovatif bukanlah satu perkara yang baru, ia merupakan satu kemahiran yang sebenar telah sedia ada dalam pada setiap indivdiu. Cuma bagaimana seseorang guru itu melaksanakan serta mengaplikasikan semua ini dalam melakukan tugasan mereka sebagai tenaga pengajar. Memetik kata-kata “Great minds discuss ideas; Average minds discuss events; Small minds discuss people”.
Dalam konteks ini guru memainkan peranan untuk menjana cara berfikir kepada pelajar. Minda yang positif mampu menjana motivasi dalaman yang ada dalam diri seseorang individu adakalanya amat berfungsi dalam menjana kecemerlangan diri , ada guru yang berimpian besar dalam hidupnya namun disebabkan halangan kemiskinan serta cabaran hidupnya sebelum ini maka dia tidak mampu merealisasikan cita cita untuk dirinya sendiri, tetapi dia menyalurkan impian itu kepada pelajar dan anak didiknya untuk menjadikan mereka lebih cemerlang darinya.
Sebagai seorang guru amat penting bagi mereka memahami konsep keupayaaan berfikir yang dapat memahami, menjelaskan, dan menjangka bagaimana fikiran, perasaan, dan tindakan seseorang pelajar itu adakalanya dipengaruhi oleh fikiran, perasaan, dan tindakan-tindakan orang lain yang dilihatnya, atau yang dibayangkan olehnya. Ini akan dapat membantu guru untuk bukan setakat meringkai permasalahan dirinya sendiri tetapi dalam masa yang sama dia dapat membantu pelajar dalam memahami diri mereka dalam menentukan halatuju dan matlamat kehidupan yang sebenar.
Kebanyakan pengkaji merumuskan bahawa system pendidikan yang sedia ada sekarang ini banyak menekankan pelajar yang cemerlang dari segi kecerdasan demi memastikan golongan pelajar ini mampu menempatkan diri dalam kerjaya yang hebat selepas tamat pengajian. Dengan kata lain pelajar lebih banyak dilatih untuk cuba menggunakan kecerdasan dengan menggunakan kebolehan berfikir secara logic dengan berkesan. Namun begitu kesannya kepada keupayaan berfikir lebih cenderung menggunakan otak kiri lebih dari otak kanan menyebabkan ketidakseimbangan menggunakan otak kiri dan otak kanan. Otak kiri lebih tertumpu pebguasaanannya dari segi aspek logic seperti matematik, bahasa, istilah, analisa dan rasional. Manakala otak kanan pula menumpukan kepada aspek imaginasi, kreatif, seni, muzik dan abstrak.
Oleh itu dalam keadaan suasan yang berubah maka permasalahan juga berbeza yanh mengubah cara penyelesaian yang juga berbeza. Oleh itu dalam konteks membina minda positif, kreatif dan inovatif, guru perlu melakukan perubahan diri untuk keluar dari zon sedia ada yang mana segelintir dikalangan guru tida mahu berfikir. Guru juga suka menggunakan kaedah yang sama untuk menangani keadaan sekarang dengan alas an tidak mahu berdepan dengan risiko yang baru.
Guru yang kreatif dalam menggalas tugas pastinya akan bertemu dengan keseronokan mernjadi guru, manakala sebaliknya pula bagi guru yang tidak mahu berfikir secara positif atau melihat sesuatu perkara dari sudut yang bertbeza makan dia akan menemuia kebuntuan dalam menyelasikan maslalah dan menunaikan tugas. Kesannya dia tidak akan merasa seronok dengan cabaran yang ada sekaligus merasakan bebanan. Guru yang positif,kreatif dan inovatif pastinya akan menjadi guru yang disenangi oleh pelajar, rakan seperjuangan dan juga pihak pentadbiran. Adakalanya risiko menjadi orang yang kreatif perlu melawan arus, kerana tidak semua orang mudah menerima pembaharuan, Oleh membina minda kreatif perlu yakin dan percaya pada diri bahawa kejayaan dapat dibuktikan.
No comments:
Post a Comment