Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Wednesday, November 30, 2011

PERMASALAHAN UMMAT DAN PERANAN DAKWAH

Membicarakan tentang permasalahan ummat hari ini memang tidak dinafikan ada pelbagai factor yang membawa kepada kejatuhan Islam. Tn Abdul Latip dalam tulisannya memetik ucapan Badiuzzaman Said Nursi di Masjid Umayyah Damsyik pada tahun 1911)
 “Saya dapati orang Islam mundur dari segi kebendaan berbanding dengan orang barat.Ia berpunca dari enam perkara. Pertama merebaknya sikap putus asa.Kedua tidak ada keikhlasan dalam kehidupan bermasyarakat.Ketiga wujudnya sikap permusuhan. Keempat tidak adanya hubungan persaudaraan di kalangan umat islam seluruh dunia.Kelima berleluasanya pelbagai bentuk sifat pentingkan diri sendiri, dan keenam wujudnya kezaliman. Sekarang saya akan cuba mrengubati ke enam penyakit itu dengan berpandukan gedung ubat dari al Quran.
Al amal ialah dengan meletakkan sepenuh harapan kepada rahmat Allah.Dunia Islam lebih-lebih lagi Turki dan Arab sedang mula bangun menentang segala bentuk rintangan. Saya hendak memberitahu seluruh dunia bahawa masa depan dunia ini adalah untuk Islam. Kebenaran al Quran dan iman akan tertegak, JIka kita benar-benar melaksanakan akhlak dan keimanan Islam penganut-penganut agama lain akan berpusu-pusu memeluk Islam.
 Tamadun Asia akan menggantikan tamadun Barat kerana tamadun barat berlandaskan nafsu jahat, penindasan dan persaingan. Tamadun Barat tidak berlandaskan petunjuk Ilahi. Dalam tamadun Barat kejahatan mengatasi kebaikan. Tamadun Barat sedang reput. Lantaran itu tamadun Asia akan mengantikan tamadun Barat
.”

Apa yang boleh kita perkatakan tentang pandangan yang bernas dari tokoh yang hebat ini bahawa ummat Islam sebenarnya mampu untuk cemerlang dan menandingi kehebatan orang bukan Islam seandainya mereka percaya dengan yakin dan mengamalkan segala apa yang diperintahkan oleh Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah.Kita lihat hari ini bagaimana hebatnya keruntuhan moral dan salah laku dikalangan umat Islam sendiri. Apakah punca sebenarnya? 

Kegagalan ummat Islam hari ini mereka bukan semata tidak beramal dengan Islam tetapi mereka sebenarnya amat jauh dengan ilmu walaupun menyebut slogan “ISLAM ADALAH CARA HIDUP”. Mana mungkin ingin jadi cemerlang jika ilmu yang sepatutnya digali dan dicungkil dan kemudiannya di amalkan tidak dilaksanakan? Disinilah peranan dakwah memainkan satu peranan yang amat besar, seruan dakwah ini tercapai bila segala mesej kebaikan itu didengari. Bukan setakat didengari tetapi segala seruan dan tarbiyyah itu dipelajari, dihayati dan boleh diamalkan secara istiqamah dalam kehidupan. Sebagaimana Firman Allah mengingatkan kita kepada peranan dakwah ini "Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung". Al Quran : Ali-Imran: 104. Sebagai insan yang bergelar khalifah marilah sama-sama memainkan peranan untuk menegakkan Islam dan menjadikan ummatnya muncu menjadi ummat terbaik sesuai dengan firman Allah menyebut: "Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan bagi umat manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar dan beriman kepada Allah" (QS. Ali Imran: 110). 


No comments:

Post a Comment