Berniaga adalah merupakan satu bentuk pekerjaaan yang halal dan berkat jika kena pada cara dan gayanya. Ia juga menjanjikan pintu rezeki yang amat luas sebagaimana janji Alllah bagi orang yang berniaga dimana 9/10 pintu atau punca rezeki adalah dari perniagaan.itulah sebabnya rata-rata orang berniaga mendapat limpahan rezeki Selain itu perniagan itu sendiri adalah sunnah Rasulullah kerana Baginda sendiri berniaga dan berjaya dalam perniagaan. Maka kita semua amat digalakkan untuk berniaga den menceburkan diri dalam perniagaan. Perniagaan boleh membawa keuntugan yang lebih besar jika kena strategi dan gayanya. Persoalannya, ramai dikalangan kita takut untuk menceburkan diri dalam perniagaan lantaran takut kepada risiko.Biar apapun risiko sebenarnya kita perlu berani untuk mencuba dengan meletakkan dan menyandarkan rezeki semuanya dari Allah. Hakikat rezeki dari perniagaan ini mendapat keuntungan lumayan kerana usaha dari perniagaan ini adalah berbentuk kerja sendiri. Disebalik keuntugan perniagaan yang berlipat ganda hasil dari perniagaan kerana ia sembilan pintu rezeki, kita juga perlu ingat bahawa terdapat juga sembilan pintu cabaran. Setiap orang yang berniaga perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap apa saja keputusan yang dibuat. Untuk berjaya dalam perniagaan, risiko dalam perniagaan perlu ditangani dengan cekap bagi mengelakkan kegagalan. Oleh itu kita perlu melektakkan usaha, komitmen dan kesabaran yang tinggi apabila kita ingin terlibat dalam perniagaan. Untuk kekal berjaya dalam berniaga, maka jangan lupa syariat yang perlu dilakukan iaitu mengeluarkan zakat perniagaan, moga dengan berkongsi hasil perniagaan dengan cara berzakat dan bersedekah, ia boleh menjana perniagaan yang untungnya berlipat ganda.
Welcome ........and May Allah bless us all....
Salam ukhuwwah.......
Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....
Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....
Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
No comments:
Post a Comment