Bismillah,
Hakikat kehidupan, tiada satu yang akan kekal. Apa yang kekal hanya Dia, Allah yang Maha Kuasa.
Setiap kali menerima perkhabaran kematian, setiap kali itu ia seperti jam loceng yang menjadi siren peringatan buat diri untuk sentiasa muhasabah apakah sebenarnya tujuan hidup ini.
Hidup tiada lain, untuk mengabdikan diri kepada Allah. Dalam berkata, dalam tunduk dan sujud. Ada ketika insan leka dengan dunia. Sibuk dengannya hingga terabai kadangkalanya perkara wajib yang dituntut yang menjadi bekalan untuk dibawa.
Bila nyawa diambil Izrail, ia kadang tiada sebarang petanda. Sampai masa tidak telrambat atau tercepat walau sesaaat. Pun insan tetap hidup seolah dunia ini adalah miliknya. Walhal ia sementara sahaja. Sekelip mata bila Allah ambil maka tiada berguna lagi segala isi dunia.
Waktu itu, penyesalan tiada guna. Oleh itu, masa yang ada kini, penuhi ia dengan amal ibadat. Jadikan setiap detik yang dilalui tiada lain untuk mencari redha Allah. Mahu memperbanyakkan amal agar bila masa tiba untuk diri berangkat pergi kita di sambut malaikat dengan seruan....
" Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku (QS al-Fajr [89]: 27-30).Semoga kita tergolong dalam golongan yang menjadi kekasih Allah. Amin
No comments:
Post a Comment