Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Thursday, June 27, 2013

Prihatin Keselamatan Anak-anak


Assalamualakum, Moga Jumaat kali ini membawa kita lebih dekat pada Allah sedekat Ramadhan yang beberapa hari lagi akan tiba. Bersyukur jika kita diberi peluang untuk bertemu sekali lagi dengan Ramadhan. 1434 Hijrah

Hari ini seawal pagi sudah terbaca kisah anak hilang di Metro. Saya tidak dapat membayangkan perasaan ibu dan ayah mereka. Dua orang anak yang disuruh si bapa membelikan lampin hilang di tengah kota raya. Mungkin jika kita membaca isi cerita ia seperti kesilapan ayah yang memberi izin anak yang masih kecil 8 tahun dan 10 tahun untuk keluar ke kedai. Ada juga kemungkinan si bapa terpaksa menjaga anak yang masih kecil lalu dia mengharapkan anak yang lebih besar keluar membeli lampim. Pokoknya bukan mencari salah sesiapa, perkara bila mahu terjadi ada sebab musababnya namun perlu kita mengambil alternatif beringat sebelum kena....



Sebagai ibu bapa perlu juga ada sikap protective. Anak saya sendiri biarpun sudah remaja belasan tahun tidak pernah disuruh sendiri ke super market atau ke kedai. Bukan tidak percaya kepada anak tetapi keselamatan dunia hari ini seperti tidak terkawal. saya perhatikan ada ibu bapa yang over protective dan ada juga yang terlalu mengongkong maka ia tidak terlalu bagus, dalam hal ini kita perlu pandai membuat pertimbangan. Namun bagi yang terlalu percaya dan meletakkan anak-anak pada situasi yang bahaya seperti menyuruh mereka ke kedai untuk membeli rasanya kurang wajar. jadikanlah peristiwa yang berlaku kepada orang lain untuk kita waspada. Masih saya ingat seorang kanak-kanak perempuan yang berbasikal untuk ke kedai di rogol hingga mati. Lalu mahu menyesal sudah tidak boleh. Maka ambillah tindakan lebih awal untuk beringat, dalam kita beringat dan berjaga-jaga jika ditimpa musibah juga maka itu adalah ujian dari Allah.

Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment