Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Tuesday, June 4, 2013

Tips Membina Semangat Diri


Adakala diri bertanya mengapa sering gagal? Lalu ada pelbagai jawapan yang diberi. Gagal kerana malas berusaha, gagal kerana tidak cukup persediaan, gagal kerana kurang keyakinan, gagal kerana tiada keyakinan, gagal kerana terlalu meletak harapan.... dan akhirnya gagal kerana takdir yang mahu begitu. itulah sebaik-baik jawwapan setelah kita merasakan diri sudah memberikan yang terbaik.



Persoalannya bagaimana mahu bangkit dari kegagalan? Bagaimana mahu membina semula semangat diri yang runtuh? Apa cara mahu mengekalkan semangat juang?

Ia nyatanya bukan mudah untuk menerima kegagalan jika sudah separuh jalan dan hampir dengan kejayaan... untuk kekal bersemangat tipsnya:


  1. Pastikan matlamat
  2. Aturkan strategi baru
  3. Senaraikan punca kegagalan
  4. Kongsikan dengan insan yang menyokong kita
  5. Sematkan azam
  6. Yakinkan diri
  7. Dapatkan motivasi
  8. Banyakkan mencari ilmu
  9. Gunakan setiap kelebihan yang ada
  10. Atasi kelemahan sedia ada
  11. Usaha lebih gigih
  12. Doa dan Tawakkal
  13. Istiqamah


No comments:

Post a Comment