Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Sunday, June 23, 2013

Rantai Ujian Silaturrahim


Bismillah,

Seringkali bila ibu bapa menyuruh sesuatu tidak mahu iku, namun bila sudah tiada mereka akan menangis, alangkah baik jika aku memutar balikkan masa. Maka cuba muhasabah bagaimana silaturrahim kita dengan ahli keluarga? Adakah kita sering memberi alasan sibuk. Betapa ibadat berbuat baik dan bersilaturrhim serta menjalin ukhuwwah ini adalah suruhan Allah.


Cara paling mudah bagi manusia insaf adalah dengan mengambil iktibar dari kisah orang lain dan elakkan berlaku kepada diri sendiri. Kadang-kadang ujian Allah kita tidak mampu menanggung. Sebagai contoh keamanan. Negara yang bergolok seperti di Syiria betapa keadaan bergolok dan huru hara. Lalu kita perlu bersyukur dengan nikmat keamanan yang kita peroleh. Lalu fikirkan segala perbuatan mengarahkan kepada ubudiyyah kepada Allah. Apasalah kita gunakan dahi sujud pada Allah. apa salahnya jari jemari kita membilang butiran tasbig memuji Allah. Realtinya ia belum terambat, maka begitu juga dengan silaturrahim. Belum terlambat memulakan langkah mengukuhkan perhubungna baik dengan saudara mara, rakan taulan, lebih-lebih lagi ibu bapa kita sendiri.

Apabila sesorang yang mahu mengubah keadaan maka ia akan memperoleh kekuatan. Maka ujian itu ada hikmah, inilah juga yang berlaku pada Malik bin Dinar. Jika pernah berbuat silap dan kita mahu bertaubat maka itulah yang terbaik buat kita. Hikmah ujian itu banyak antaranya: 

Wallahuaalam
15 Syaaban 1434 Hijrah

No comments:

Post a Comment