Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Sunday, June 9, 2013

Bagaimana meraih kesabaran saat diuji


Setiap ujian yang ditimpakan Allah buat sesiapa yang sahaja, pastinya kerana Allah mengetahui individu itu pasti mampu mengharunginya. Mungkin ia mengambil masa saat menerima ujian tersebut tetapi percayalah apabila ujian itu di terima ia melatih individu secara tidak langsung untuk berfikir bagaimana menangani masalah atau ujian yang menimpa. 



Umpama seseorang yang menerima berita kehilangan orang yang tersayang dengan cara yang mengejut maka sudah pasti ia seperti cerita dongeng yang tidak dapat di terima akal, apalagi kita seperti masih bercakap-cakap sebelumnya dengan si mati, apa lagi jika orang yang tersayang itu menjadi tempat kita bergantung harap. Maka ia seperti satu harapan yang berkecai menjadi satu kesedihan yang berpanjangan.


Sama juga bila diri diuji dengan sesuatu yang di sayangi di ambil dan dirampas orang lain. Seperti putus kasih antara sepasang kekasih, suami isteri yang bercerai berai lalu tidakkah ujian ini satu yang menyakitkan. Jika tiada kesabaran maka pastinya ia membawa kepada duka dan dendam yang lama... Lalu sabarlah ubat segalanya. 

Sabar itu mudah diungkap namun payah untuk dibuat. Bagaimana meraih sabar setelah diuji?


  1. Percaya dan yakin ujian itu dari Allah
  2. Redha terlebih dahulu dengan apa yang berlaku
  3. Banyakkan solat dan zikrullah
  4. Hampiri orang yang positif
  5. Fahami bahawa tiada sat yang kekal bacalah "Lahawla wala quwwata illa billah"
  6. Berkata-kata dengan diri bahawa hidup ini sementara
  7. Berdoa Allah menggantikan kita sesuatu yang lebih baik
  8. Sibukkan diri dengan perkara baru dalam hidup yang bermanfaat
  9. Dekat diri dengan Allah
  10. Ucaplah :"Hasbunallah wanikmal wakeel...." 

No comments:

Post a Comment