Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Sunday, June 30, 2013

Hikmah kesakitan


Bismillah,
Setiap insan akan diuji sessuai dengan diri mereka, itulah yang dijanjikan Allah untuk kita dalam ayat
“ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Surah AL-BAQARAH ayat 286)

Maka sebagai insan kita bukan setakat perlu bersabar apabila menerima segala ujian tersebut namun mencari jalan dan penyelesaian agar ujian yang dihadapi boleh di atasi. Hari ini saya berkesempatan menziarahi seorang sahabat yang ditimpa ujian kesakitan maka ia amat menginsafkan diri. Betapa setiap ujian kesakitan itu melatih diri untuk meningkatkan keimanan dan berikhtiar untuk menghadapinya. 

Ujian kesakitan berkait dengan konsep usaha dan ikhtiar. Insan yang diuji adakala lelah dan mudah berputus asa bila segala ikhtiar seringkali menemui jalan buntu lalu disinilah perlu kita meletakkan keyakinan yang tinggi kepada Allah dalam menjawab segala permintaan dan merealisasikan segala doa. Ikhtiar manusia tidak terbatas selagi tidak melanggar syariat. Ada segelintir ikhtiar yang diambil adakala menyalahi akidah terutama bila melibatkan unsur-unsur syirik dan sebagaimana. Ini tidak dinafikan apabila keinginan seseorang itu begitu tinggi dala mengusahakan apa yang diingini maka ada kecenderungan memilih jalan mudah. Sebagai contoh seorang yang sakit percaya dengan kata-kata bomoh bahawa sakitnya itu buatan orang sekian sekian maka apabila individu mempercayai kata-kata tersebut maka ia akan menyebabkan hubungan dengan orang yang disebut tadi akan terjejas. Lalu apa sahaja saranan bomoh biarpun bersalahan akan dituruti. 
Lalu konsep ikhtiar boleh diambil dengan mengambil iktibar kepada ujian yang menimpa Nabi Ayub bagaimana baginda sabar dan sentiasa mengharap kepada Allah. Seseorang yang ditimpa kesakitan nyatanya bila menerima hakikat dan pasrah dengan ujian maka sakit itu menjadi satu nikmat iaitu nikmat keimanan. Inilah nikmat yang hanya si pesakit yang mengetahuinya. Ia mengukuhkan hubungan hamba dan Rabbnya saat sakit yang menimpa itu dilihat sebagai satu hikmah buat diri. 
Wallahuaalam

No comments:

Post a Comment