Bismillahirrahmanirrahim,
Masih bercerita tentang bahagia...
Mengikut kajian bahagia dalaman lebih kekal dibanding bahagia secara luaran. Apa beza bahagia luaran dan bahagia luaran. bezanya bahagia dalaman merupakan ketenangan yang dicapai oleh diri serta memiliki hubngan yang bermakna. Manakala bahagia luaran pula dilihat kepada material yang dimiliki serta kehebatan yang diraih secara lahiriah.
Bagaimana meraih bahagia?
Ia merupakan usaha sendiri yang perlu diraih dengan rasa kehendak dan kemahuan kepada kebahagiaan yang hakiki. Ia diperoleh dengan mendekatkan diri kepada Allah. Ramai yang merasakan kecantikan yang dimiliki itu merupakan suatu kebahagiaan yang smepurna hingga ramai yang mengejar untuk memiliki kecantikan wal hal ia tetap tidak memberikan kebahagiaan, sebab itu ramai yang memilik wajah canti kdan material yang cukup namun mengapa mereka membunuh diri dan tidak bahagia dengan kehidupan?
Jawapannya bahagia bukan pada duit berjuta, Ia bukan wajah cantik jelita tetapi ia merupakan sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata. Rasa tenang, pasrah dengan ujian memberi bahagia tersendiri inilah bahagia dalaman yang diperoleh dengan mendekatkan diri dan menjaga hubungan dengan Allah. Selain itu sokongan orang sekeliling seperti kasih sayang merupakan satu kebahagiaan yang tidak ternilai. ia bukan semata hubungna kasih sayang antara keluarga tetapi dengan sahabat handai, jiran tetangga dan ahli masyarakat am nya.
Seorang tua yang duduk di Indai memiliki rumah yang sempit serta hidup dalam daif apabila di tanya bagaimana dia boleh hidup dalam keadaan begitu. Jawabnya dia bahagia dengan apa yang ada kerana dia miliki keluarga yang bahagia walau hidup susah, rumahnya mengadap sungai bila angin menyapa dia merasa begitu nyaman dan nikmatnya Alam penciptaan Allah. Di sini jelas kepada kita bahawa bahagia itu adalah rasa syukur dalam diri ayas apa yang diperoleh. Ia bukan menidakkan usaha dan mengubah hidup, namun ia untuk dimuhasabah di nilai pada diri sendiri betapa kita tidak merasa bahagia kerana kita melihat apa yang belum kita milik dan kurang menghargai apa yang telah kita milik.
Biarapa jua bahagia yang mahu diraih, kita mahukan bahagia yang hakikiki, nun di syurga nan abadi. Maka tiada lain berbuat kebaikan dan jauhi kemungkaran.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment