Tahun 2011 akan kita tinggalkan tidak lama lagi...dan kita akan bersua pula dengan tahun baru 2012..Alangkah masa begitu cepat berlalu..Terasa baru semalam kita menghirup dan bernafas ditahun 2011..Alangkah masa begitu pantas menjarah kehidupan kita..ada peristiwa pahit dan manis digarapkan sepanjang 2011..
Apa yang manis itu, apa pula yang pahit itu? Biar apa pun kepahitan atau kemanisan kenangan itu, ia telah dipahatkan didalam memori 2011. Biarlah ia pergi, namun jangan kita lupa...ada pertanyaan yang perlu kita tanyakan pada diri...
BAGAIMANA kita habiskan masa itu?
APA yang kita lakukan dengan waktu itu?
ADAKAH telah kita ambil ikitibar dari segala perkara?
BILA kita mengambil peluang untuk bersamaNya?
KENAPA ada waktu kita terleka dengan hiburan sementara?
2012 yang bakal tiba seketika nanti..moga ada ruang untuk kita perbetulkan apa yang silap sebelum ini. Moga 2011 yang bakal berlalu member kita seribu inspirasi untuk kita berjuang melakar sebanyak mungkin kejayaan dan kekayaan untuk dibawa ke negeri abadi...
Biarlah kenagna pahit dan manis yang telah kita lukiskan pada 2011 menjadi iktibar dan ibrah buat diri untuk mencipta sejarah baru ditahun 2012..Moga 2012 bakal mencatat tahun terbaik buat kita...dan Dia memberikan TAUFIK DAN HIDAYAH-NYA unutk bekalan kita mengharung perjuangan meniti kehidupan.
Ya Allah...
Ampunkan dosa kami...
Maafkan segala kesilapam kami..
sama ada yang kami sedari dan tidak kami sedari..
Limpahkan hidayah Mu Ya Allah
Berikanlah kekuatan bagi kami meneruskan perjuangan ini
Rahmatilah kami dengan kekuatan Iman..
Kurniakan kami rezeki yang melimpah ruah dan berkat
Untuk kami manfaatkan kepada agama-MU..
Radhalah dengan setiap apa yang kami lakukan.
Terimalah segala amalan kami...
Moga tahun yang mendatang ini
memberikan beribu kebaikan buat kami...
Ya Allah..
Berilah kebaikan dunia dan kebaikan akhirat untuk kami..
Ameen.. Ya Rabbal Alameen.
Ummu Ieman Ihsan
5.58pm
31. 12. 2011
Welcome ........and May Allah bless us all....
Salam ukhuwwah.......
Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....
Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....
Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
No comments:
Post a Comment