Bismillahirrahmanirrahim,
Yang Berbahagia Dato Paduka Nik Abdul Kadir. Yang dihormati Datuk Dr. Mahmud Zuhdi. Yang dihormati Para VIP, Para AJK Penganjur Program Ramah Mesra Maahad Muhammadi, rakanrakan, teman seperjuangan sekalian! Saya merakamkan ucapan terimakasih yang tak terhingga ataskomitmen, kerjasama, pengorbanan masa, tenaga, idea, wang ringgit bagi menjayakan program pada hari ini! Itulah tanda kesatuan dan semangat kerjasama yang menjadi intipati kepada penganjuran program seumpama ini melalui platform Alumni MaahadMuhammadi….akhirnya program yang diatur sejaksebulan yang lalu dapat kita laksanakan dan jayakan pada hari ini.Terimakasih sekalilagi!! Moga Allah meredhai dan memberkati segalausaha kita pada hari ini dan masa akan datang!
Tuan tuandanPuanpuansekalian,
Program Ramah Mesra ini punya sejarah yang agak panjang, ia rentetan usaha kecil beberapa teman dikalangan Alumni untuk mengusahakan sesuatu seperti ini. Antara usaha awal yang dilakukan ialah bantuan anakyatim, sumbangan komputer untuk makmal komputer MMP dan program meraikan bekas guru guru MMP. Kemudiannya, beberapa usaha dilakukan oleh pihak PERMUTUM, AMAL, dan MMP dengan mengadakan program usahasama seperti IjtimakHari Raya pada tahun 2010 dan 2011. Melalui program program ini maka tercetus lah idea untuk bekerjasama lalu menghasilkan penggabungan alumni MML dan MMP dan akhirnyaterlaksanalah program Majlis Makan Malam baru baru ini. Hari ini adalah detik langsung dari rentetan peristiwa-peristiwa itu, makapihak Alumni maju setapak lagi dalam usaha mengumpulkan semua bekas pelajar MaahadMuhammadi serta melakukan usaha untuk mengumpulkan data Alumni MaahadMuhammadimelaluipendaftaranahli alumni secara online.
Sebenarnya, tidak dapat dinafikan bahawa kehadiran anda semua pada hari ini amat bermakna buat pihakpenganjur. Ia menjadi motivasi bagi kami untuk terus berusaha menganjurkan program bersifat ramah mesra dan mengerat ukhuwwah sebegini agar kita saling bertanyakhabar, bertukar-tukar fikiran, berkongsi idea, dan cuba sedayaupaya berkongsi dan bekerjasama untuk melaksanakan cadangan mahupun idea yang bernas untuk kebaikan bersama mahupun kebaikan MaahadMuhammadi yang kitasayangi!.........
Ada yang datangsendirian, ada yang berpasangandanada yang datangbersamaahlikeluarga….semuanyasangatdialualukan.Iniadalahantaraintipatiusahakepadamemperkukuhukhuwwah yang mendasaripenubuhan Alumni MaahadMuhammadi.
Tuan Tuan dan PuanPuan sekalian,
Apabila wujudnya ukhuwwah, makaterjalinlah silaturrahimserta kesatuan ummah, kesatuanfikrah, kesepaduanusaha dan kepakaran dapat dijanabersama. Maka bermulanya disini kita bergerak bersama secara kolektif untuk menatijahkan objektif dan matlamat Alumni Maahad Muhammadi.
Tidak dapat dinafikan bahawa telah ramai ‘batch’, bekas pelajar dan graduan MaahadMuhammadi sejak penubuhannya. Iasebenarnya sudah berlapis lapis generasi! Menyedari hakikat ini, Program Ramah Mesra pada hari ini diusahakan dan dijayakan bagi mengumpul seramai boleh bekas pelajar Maahad Muhamadi samada Maahad Lelaki mahupun Perempuan terutamanya di sekitar Lembah Kelang ini. Program Ramah Mesra ini ialah suatu usaha untuk memperkukuh jaringan dan jalinan persahabatan pelbagai peringkat serta ‘batch’ Alumni MaahadMuhammadi.
Antara lain sisi utama hasrat pihakAjk Penganjur didalam Program Ramah Mesra ini ialah menyediakan platform untuk semua bekas pelajar menjadi AHLI Alumni MaahadMuhammadi. Ia suatu gerakkerja bagi pihak AJK untukmengumpul dan mendapatkan data lengkap ahli Alumni MaahadMuhammadi.
Untuk tujuan itu, pihak AJK Program telah menyediakan suatu website khas iaitu www.alumnimaahadmuhammadi. dan tuan puan semua dijemput untuk melayari website tersebut untuk memasukkan maklumat keahlian Alumni Maahad Muhammadi secara dalam talian atau tuanpuan boleh berurusan dimeja urusetia dihadapan Dewan ini pada hari ini.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian juga boleh melayari website alumni yang saya nyatakan tadi untuk mendapatkan segala maklumat berkaitan Alumni, samadaperkembanganterkini, aktivitidan program yang dianjurkan oleh alumni serta maklumat maklumat lain yang akan sentiasa di ‘update’ oleh pasukan IT, Alumni Maahad Muhammadi. Tidak lupa juga, pihak AJK Alumni memohon kerjasama Tuan tuan dan Puanpuan sekalian untuk sentiasa mewawarkan link website alumni Maahad Muhammadi ini kepada teman-teman lain atau ‘batch-batch’ lain samada melalui laman Facebook, Twitter, Myspace, Blog atau lain lain saluran. Dalam konteks ini anggaplah diri sebagai duta sukarela Alumni Maahad Muhammadi!
Pada progam ini juga, tuan-tuan dan puan-puan akan dimaklumkan tentang halatuju, program dan aktiviti serta skopAlumni Maahad Muhammadi yang akan diterangkan oleh Ybhg Sdra Dr Nazmi Ghazali Azmi selaku Naib Presiden Alumni Maahad Muhammadi seketika nanti. Justeru, harapan saya agar tuan-tuan dan puan-puansemua boleh setia sehingga kehujung program ini agar boleh terlibat di dalam sesi perbincangan yang akan diadakan nanti.
Tuan TuandanPuanPuansekalian….
Program Ramah Mesra ini tidak akan meriah dan berjaya tanpa sokongan para penaja dan penyumbang dikalangan Alumni MaahadMuhammadi! Ada yang menaja hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah, menaja dewan al-Malik Faisal yang penuh nostalgia buat kita semua, menaja tiket pelancongan dan tiket mengerjakan UMRAH, menaja meja untuk anak-anak yatim, menaja makanan dan malah menaja website Alumni Maahad Muhammadi.
Saya selaku Pengarah Program Majlis Ramah Mesra Alumni Maahad Muhammadi 2011 mewakili semua Ajk dan Penganjur mengucapkan jutaan terimakasih “JazakallahuKhairanKatsiira” atas segala sumbangan dan penajaan para kawan-kawan dan teman-teman perjuangan.Juga tidak dilupa sumbangan dari ‘the unsung heros and heroins’ dalam bentuk idea, masa dan tenaga mereka secaralangsung dan tidaklangsung! Moga Allah membalas jasa budi kalian semua dengan sebaik-baik balasan!
Jutaan terimakasih juga kepada parajemputan VVIP, ada yang datang dari Kelantan semata-mata untuk menghadiri program pada hari ini, begitu juga rakanrakan dan sahabat yang sanggup datang dari jauh! Sudah ramai graduan Maahad Muhammadi dikalangan kita yang ‘merata’ di dalam masyarakat. Masing-masing telah mencipta nama dan menempa kejayaan di bidang masing-masing. Kalian semua punya kepakaran dan kemahiran berbeza.Tahniah dan syabas kepada kalian semua! Moga Allah sentiasa meredhai dan memberkati jalan-jalan kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan kalian. Terimakasih sekali lagi.
Sebelum mengakhiri ucapan, saya bagi pihak Ajk Penganjur Program Ramah Mesra ini memohon jutaan kemaafan jika ada kekurangan, kesilapan dan sebarang kelemahan disepanjang program ini berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahandiri kami, justeru kami berlapang dada dan memohon maaf sekali atas segala kekurangan itu.
Terimakasih semua
Sakinah Salleh
Sakinah Salleh
Pengarah Program Majlis Ramah Mesra 2011
Alumni Maahad Muhammadi
No comments:
Post a Comment