Pembentangan kertas kerja bertajuk Penyelesaian Masalah dari perspektif Islam di Universiti Pendidikan Indonesia, Alhamdulillah mendapat sambutan yang positif dikalangan peserta konference yang terdiri dari pensyarah, kaunselor, pelajar dan juga peserta Malaysia dan Indonesia. Ternyata misi penulis untuk mengetengahkan konsep dan pendekatan Kaunseling Islam diterima ramai biarpun ada segelintir yang berbeza agama. Ini menunjukkan bahawa pendekatan Kaunseling Islam dalam konteks penyelesaian masalah boleh diketengahkan bagi membantu den mengendalikan masalah. Bairpun pendekatan kaunseling Islam masih belum meluas dan tidak semua mampu dipraktikkan oleh kaunselor kerana beberapa kekangan, namun usaha ini perlu diperluas. In bersesuaian dengan konsep islam sebagai cara hidup.
Apabila memperkatakan tentang kaunseling Islam, ada segelintir yang silap tanggapan di mana mereka melihat apabila memberi kaunseling kepada klien ia dilihat seperti memperkatakan persoalan betul dan salah, syurga dan neraka. Padahal konsep kaunseling Islam adalah menggunakan teknik yang ada dalam kaunseling namun inputnya yang Islamik. Dalam kaunseling Islam, pendekatan yang digunakan mengambil apa yang sedia ada dalam Islam dan dalam masa yang sama tekinik kaunseling diaplikasikan demi memberikan kaunseling yang terbaik terutama kepada yang beragama Islam. Contohnya konsep muhasabah yang ada dalam Islam, bagi seseorang klien remaja yang melakukan kesalahan berzina contohnya kerana tidak tahu bahawa berzina itu berdosa atau tahu tetapi memilih untuk melakukannya kerana tidak takut dengan hukum Allah. Dalam Islam memang berzina itu haram dan berdosa, namun kaunselor tidak boleh menghukum mereka dengan mengatakan mereka berdosa, tetapi kaunselor boleh memberikan input dan maklumat dengan menggunakan teknik yang ada dalam kaunseling sehingga klien menyedari bahawa apa yang dilakukan itu salah disisi agama seperti meyuruh klien melakukan refleksi diri atau juga memberikan maklumat tentang hukum secara berhemah. Sebagai kesimpulan kendalian kauseling Islam memerlukan kaunselor mempunyai latarbelakang agama. Dan inilah antara kekangan dalam melaksanakan kaunseling Islam sekiranya kaunselor sendiri tidak mempelajari dan mempraktikkan Islam kefahaman tentang Islam.
No comments:
Post a Comment