Hakikatnya bukan milik kita
Apa yang kita miliki
Hakikatnya sekadar pinjaman cuma
Apa yang kita miliki
Hakikatnya hanyalah untuk merasa
Apa yang kita miliki
Hakikatnya adalah sebagai ujian
Apa yang kita miliki
Hakikatnya untuk menilai kesyukuran
Apa yang kita miliki
Hakikatnya adalah milikan sementara
Apa yang kita miliki
Hakikatnya untuk kita sentiasa ingat
Apa yang kita miliki
Hakikatnya sekelip mata ia boleh hilang
Maka ingatlah wahai diri...
Apa yang kita milik hari ini
Pasti esok hari boleh sekelip mata pergi
Jika Dia yang Maha Kuasa ingin begitu
Apa yang kita miliki hari ini
Bukan untuk dibawa ke dunia abadi
Oleh itu waspadalah diri...
Apabila engkau menghitung segala yang dimiliki
Ingatlah..
Kerana semua itu milikan sementara yang dipinjamkan
maka..
Jangan angkuh dan sombong dengan apa yang dimiliki
maka..
Berilah pada yang hak atas apa yang dimiliki itu
moga..
Apa yang dimiliki itu menjadi perantara untuk syurga nan abadi...
Ameen...
No comments:
Post a Comment