Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Tuesday, December 20, 2011

PMR 2011 : Menerima Sebuah Suratan Yang Ditakdirkan

Saat menerima sesuatu perkara yang ditunggu merupakan satu debaran buat diri, lebih-lebih lagi ia adalah jawapan kepada sebuah harapan dan usaha yang telah digembelingkan. pastinya kita akan merima dua kemungkinan, sama ada suratan itu mengembirakan kita atau juga ia memberikan ratapan dan kesedihan buat diri.

Bagaimana kita menghadapi dua perkara itu, iaitu sama ada kegembiraan atau kesedihan? Jika gembira adakah kita bersyukur kerana kita memang berhak kepada kegembiraan itu atau sebaliknya jika apa yang diharap tidak menjadi.

Saya mencetuskan persoalan ini dengan memberi contoh betapa anak saya sudah berhari-hari berada dalam dilemma dan harapan yang tidak ada jawapannya selagi suratan yang ditakdirkan kepadanya itu tidak muncul esok. Ini kerana beliau begitu meletakkan harapan untuk menggapai kejayaan cemeralang pada peperiksaan PMR yang bakal diumumkan esok. Ungkapanya adalah...
Bagaimana jika takdirnya tidak sebagaimana yang diharapkan atau suratannya tidak seperti yang telah diusahakan?
Mungkin menerima keputusan peperiksaan ini sebagai contoh apa yang kita hadapi dalam kehidupan. Ada lagi banyak perkara san situasi dalam kehidupan kita yang memerlukan kita menerima suratan yang telah ditentukan.

Maka apa jawapan saya kepada si anak? Dalam kehidupan ini, sama ada Allah memberi kepada kita segala harapan kita atau tidak menjadikan kenyataan kepada impian kita itu pasti ada sebab atau hikmahnya tersendiri. Maka bersedialah untuk menerimanya dengan fikiran yang terbuka dan positif.

Andainya mendapat cemerlang maka itu adalah ujian. Kenapa ujian? Kerana Allah ingin melihat kita bersyukur dan berusaha dengan lebih gigih lagi  selepas ini.

Andainya mendapat tidak mendapat cemerlang maka itu juga adalah ujian. Kenapa ujian? Kerana Allah ingin melihat kita bersyukur dan berusaha dengan lebih gigih lagi  selepas ini.

Mestinya si anak akan bertanya, kenapa sama? Jika gagal dan berjaya keduanya UJIAN? Kenapa agak perlu bersyukur?

Wahai diri....
Allah memberi baik atau buruk itu hikmahnya sangat besar jika kita FAHAMI.
Allah menguji dengan KEJAYAAN atau KEGAGALAN bersama pengajaran yang sangat berguna...
UNTUK APA?
Supaya manusia itu TAHU DAN KENAL DIRI 
Supaya manusia BOLEH MENGENDALIKAN KEJAYAAN DAN KEGAGALAN
Supaya manusia menjadi MATANG MENGENDALIKAN KEHIDUPAN
Supaya manusia tidak LUPA DARI MANA DIA DATANG DAN KEMANA DIA AKAN PERGI


LEBIH PENTING LAGI...JANGANLAH KAMU MEMAKAI PAKAIAN UJUB, TAKBUR, RIAK DAN SOMBONG SETELAH DIBERI KEJAYAAN..


LEBIH PENTING LAGI...SURATAN TAKDIR ITU ADALAM ASAM GARAM KEHIDUPAN YANG MANISNYA AKAN DIRASA JIKA MENJADI REDHA KEPADA KETENTUAN..


LEBIH PENTING UNTUK DINILAI BAHAWA KEJAYAAN DUNIA HANYA SEKELUMIT DARI SEBUAH KEJAYAAN KEHIDUPAN KERANA KEJAYAAN AKHIRAT ADALAH SEGALA-GALANYA..




Pesanan buat anak-anakku...




No comments:

Post a Comment