Mendapat dan menerima dugaan melalui penyakit bukanlah penamat kehidupan atau penghujung satu perjuangan. Sebaliknya penyakit yang dihaidapi itu menuntut kita untuk teruskan usaha dan ikhtiar bagi memulihkan keadaan. Kehidupan perlu kita jalani sebagaimana sebelum ini, apa yang penting kesedaran diri dan cara menjaga kesihatan itu perlu dipertingkat. Jangan kita cepat berputus asa dengan keadaan. Paling penting kita perlu percaya bahawa dugaan penyakit itu adalah satu ujian untuk kemantapan diri dan menguatkan lagi keimanan kita kepadaNya. Kita masih diberi kesempatan untuk muhasabah diri dan memohon keampunnan darinya. Masa yang ada jangan ktia sia-siakan. Kita perlu bekerja dan beribadat kepadaNya sebagai mana sebelum ini. Jangan kerana kita diduga dengan penyakit maka kita malas untuk berusaha dan mengambil jalan mudah. Ingatlah, ada ramai lagi yang diuji lebih dahulu dari kita. Penulis mengumapakan orang yang kencing manis kronik terpaksa dipotong sebelah kakinya, maka diriakan merasa sedih kerana kecacatan yang berlaku dan hilangnya satu anggota badan yang berharga. Oleh itu bayangkanlah orang yang selama ini dilahirkan cacat dari kecil, bukan setakat cacat anggota tetapi ada uga yang cacat penglihatan dan sebagainya. Inilah yang perlu kita ingatkan diri kita, umpama kita sedih kerana kita tidak miskin tidak berkasut, tetapi lihatlah ada orang tidak berkaki untuk menyarung sepasang kasut. Maka teruskanlah kehidupan seolah-olah ‘kita akan hidup seribu tahun lagi dan beribadat seolah-olah kita akan mati esok hari’.
Dipetik dari buku penulis yang bakal terbit; Inspirasi dan Motivasi Kesihatan Diri
No comments:
Post a Comment