Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Tuesday, December 13, 2011

KEMAHUAN DIRI PEMANGKIN MOTIVASI :di situ ada kemahuan disitu ada jalan)

Pepatah Melayu menyebut "di situ ada kemahuan di situ ada jalan". Setiap permasalahan akan ada solusinya jika kita sendiri ada kemahuan untuk menghadapi permaslahan itu dan ingin menyelesaikannya. Kenapa masalah kita dari dulu hingga kini tiada penyelesainya? Salah satu faktornya adalah kerana kita sendiri tidak mahu dan takut menghadapi permasalahan itu atau juga kita melihat ia sebagai satu perkara yang remeh hingga kita mengambil permasalahan itu sebagai sambil lewa. Peduli tidak peduli, hingga apabila nasi sudah menjadi bubur barulah kita merasa sesal atas tindak-tanduk kita sebelum ini.

Ingatlah bahawa salah satu perkara yang perlu kita letak pada diri untuk mengubah keadaan atau menghadapi sesuatu permasalahan adalah KEMAHUAN DIRI SENDIRI. Kemahuan adalah pemangkin kepada motivasi diri untuk kita berubah dan membuat tindakan dalam sesuatu perkara. Ramai dikalangan kita merungut tentang maslah, merungut tentang orang-orang sekeliling, sebagai contoh seorang yang menghadapi masalah tentang duit yang tidak ada, atau budget yang sering lari cukup bulan duit sudah kering,
Realtinya adakah kita betul-betul ada kemahuan untuk memperbaiki kewangan kita atau sekadar bercakap sahaja. Sebetulnya jika ada kemahuan pasti kita akan mencari jalan contohnya;
1)berbelanja secara berhemah
2)bekerja lebih masa/ partime
3)membuat senarai perbelanjaan sebelum membeli
4)memberi keutamaan kepada apa yang penting untuk dibeli
5)membuat tabungan
6)membayar hutang (sekiranya)secara beransur jika tidak mampu dan tidak membuat hutang baru
7)displin diri yang tinggi bagi yang high taste
dll....
Bagi yang ingin berjaya maka KEMAHUAN DIRI penting untuk dilaksana dan diterapkan dalam diri. Ingat disitu ada kemahuan di situ ada jalan...

No comments:

Post a Comment