Nyawa kita ibarat embun yang menitis di hujung dahan
saat mentari mula menebarkan sinar
kepanasannya menelan si embun
Tegakah kita merasa nyawa ini milik kita selama
maka kita lupa lalu membuat segala kerosakan
kita angkuh dengan segala kelebihan
kita riak dengan sagala kebendaan
kita ujud dengan pangkat
Ketahuilah diri
nyawa kita berada dihujung dahan
malaikat seringkali kedatangan
memerhtikan segala geraklaku kita
Ketahuilah diri
masa yang dipinjamkan ini
sudah semakin dipenghujung
rebut ia untuk mencipta kebajikan dan amalan
untuk menjadi bekalan
di hari kemudian....
Welcome ........and May Allah bless us all....
Salam ukhuwwah.......
Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....
Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....
Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
No comments:
Post a Comment