Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Showing posts with label ALUMNI. Show all posts
Showing posts with label ALUMNI. Show all posts

Friday, June 15, 2012


Lamanya tidak bertemu
hati menjadi rindu
ingatkah lagi dikau pada diriku
bersama menongkah arus kedewasaan
berjalan mengutip sisa-sisa pengalaman
memburu kematangan

sudah sedekad masa berlalu
menjengah aku si sini
melihat bumi tempat tercipta kenangan
meraih semula nostalgia silam

hari ini aku di sini
mengutip kembali segala kenangan
disimpulkan menjadi anyaman silaturrahim
moga ia akan terjalin kukuh
memberi nafas baru
buat gedung ini

saat ini kembara hati telah kembali
memberi semula kepada yang berjasa
moga AMM
teguh dipersada
kerana mu sahabat-sahabat FILLAH



Monday, June 4, 2012

Percutian Di Tok Aman Bali Beach Resort




Menghabiskan masa bersama keluarga bersempena hari keluarga Alumni Maahad Muhammadi.
Indah dan nyaman, seronok bersama keluarga dan rakan taulan
Moga ada masa dan ketika di hari kemudian 
Boleh kita meraikan kegembiraan dan kenangan silam
Indahnya negeriku diabadikan dalam lipatan kenangan
Detik ini pastinya tidakkan berulang
Namun harap ada peluang masa akan datang
Moga ukhuwah yang terjalin akan berpanjangan

Wednesday, March 28, 2012

Bila Tirai Berlabuh



Tinggal beberapa hari lagi program Jubli Intan Maahad Muhammadi akan bermula, maka debaran semakin terasa bagi petugas-petugas yang telah sekian lama bertungkus lumus menyiapkan segala persiapan untuk program-program yang telah dirancang akan berlasung di MMP selama tiga hari tiga malam. Ternyata dalam melalui proses ini ada pelbagai peristiwa dan cabaran yang muncul, hingga adakalanya menyebabkan diri merasa begitu lelah sekali.

Apa yang diperhatikan, dan boleh dirumuskan adalah bukan mudah unutk bekerja mengahsilkan sesuatu keputusan yang terbaik seandainya tidak ada kerjasama, kepercayaan, toleransi serta semangat kekitaan. Jika ini semua tidak ada maka banyak perkara mudah akan menjadi susah. Apalagi perkara yang rumit akan semakin rumit.
Dalam banyak hal penerapan nilai kerjasama atau kerja berkumpulan menemukan kegagalan bila adanya perspektif yang berbeza, sementelah masing-masing merasakan telah memberikan idea dan hasil yang terbaik, Ada juga masalah timbul bila masing-masing membuat keputusan sendiri dan ada hujjah tersendiri, maka kesannya banyak keputusan yang timbul serta masing-masing akan melepas tangan dalam sesuatu perkara. Oleh itu dalam menayakan sesatu organisasi apa yang penting adalah satu hasi dan satu matlamat, jika ini boleh dicapai maka organisasi akan menjadi cemerlang dan segala yang dirancang akan berjalan lancar. 

Wallahuaalam.

Thursday, March 8, 2012

DISITU BUMI DIPIJAK DISITU LANGIT DIJUNJUNG



Bertuah diri rasanya dilahirkan di negeri serambi Mekah. Mungkin ada segelintir yang mengata negeri ini miskin di banding negeri yang lain. Biar apa orang kata, tetapi bahaginya saya saat kaki menginjak di bumi kelahiran. Hati akan merasa tenang. Walaupun tidak banyak mercu tanda yang menjulang ke langit, namun kemajuan tetap hebat seiring dengan hebatnya pentadbiran.

Dibumi ini juga pertama kali aku mengenal dunia, di ajar mengira dan membaca. Tidak akan aku lupa guru-guru yang mencelikkan minda. Tidak akan aku lupa gelak ketawa bersama rakan-rakan. Bila lagi kita akan bertemu semula, mengayam kembali kisah lama yang telah ditinggalkan.

Disitu bumi dipijak, 
di situ langit dijunjung.
Walau merantau segenap pelusuk
Negeriku tetap akan disanjung.


Batu Belah Batu Bertangkup
Membelah jiwa hati si IBU
Aurat dijaga bertudung litup
Itulah papan Tanda Bandar Kota Bharu


Pinang dibelah di atas rumputt
Untuk dimakan bersama pulut 
Hati terkenang mulut menyebut
Moga rindu akan bersambut


Nukilan
ummu ieman ihsan
16 Rabiulakhir 1433H

Monday, January 16, 2012

Dilemma Persekolahan Anak-Anak

Salam semua, moga hari ini menjanjikan yang terindah buat kita dan hari yang semalam menjadi pengajaran serta hari esok yang mendatang menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita jalani. Berkongi kisah hari ini, saya didatangi dua orang ibu yang mengadu tentang masalah persekolahan anak-anak. Anak-anak mereka sekarang ini berada di tingkatan satu, namun apa yang menyedihkan biarpun mendapat 5A UPSR, namun anak-anak mereka tidak mendapat sebarang tawaran untuk ke-mana.mana. Apa yang merungsingkan si ibu adalah bimbang apabila anak-anak mereka bersekolah harian mereka tidak mampu memantau anak-anak mereka sepanjang masa, lebih-lebih lagi mereka terpaksa keluar bekerja.

Di saat ibu bapa lain telah mendapat surat tawaran untuk ke sekolah-sekolah asrama penuh (SBP/SBPI) atau sekolah agama (SMKA/ SAM) maka saya percaya dan amat merasai gundah hati mereka. Saya juga pernah melalui perasaan dan pengalaman yang sama sebagai seorang ibu yang berada dalam dilemma bila memikirkan persekolahan anak-anak. Sewaktu dua anak perempuan saya akan naik ke tingkatan satu saya juga berdoa supaya anak-anak saya dapat menempatkan diri mereka di sekolah asrama penuh aliran agama atau sekolah menegnah agama. Saya faham ada juga segelintir ibu bapa yang tidak mahu menghantar anak ke asrama dengan alasan tesendiri seperti mahu melihat anak membesar di depan mata, tidak mahu adik beradik menjadi renggang kerana terpisah, atau ada juga yang boleh memantau sendiri anak mereka dan pelbagai sebab-sebab lain.

Ibu bapa mana yang mahu berjauhan dengan anak-anak, saya juga begitu. Sebagai ibu, saya juga terpaksa menahan rindu terhadap anak-anak apabila berjauhan, tetapi kerana saya inginkan anak-anak berada disekolah yang saya rasakan terbaik untuk dunia dan akhirat mereka maka saya dan mereka perlu membuat pengorban, terutama pengorbanan emosi. Saya memilih untuk menghantar anak ke asrama bukan kerana ingin meletakkan beban tugas kepada guru-guru dengan alasan kita sibuk bekerja. Pada saya sekolah berasrama itu mempunyai faedah tersendiri terutama melatih anak-anak berdikari, merasai suasana belajar dengan jadual yang tersendiri, serta bergaul dengan rakan-rakan sesusia dalam biah atau persekitaran yang terjaga.

Pengalaman diri sendiri dan suami yang sejak dari tingkatan satu sudah biasa dengan kehidupan di asrama dan juga pengalaman menjadi guru sebelum ini di sekolah harian membuatkan saya nekad untuk menghantar anak-anak bersekolah di sekolah berasrama dan lebih penting lagi sekolah tersebut adalah sekolah aliran agama. Alhamdulillah anak-anak saya walaupun peringkat awal tidak betah duduk di asrama  kerana terpaksa berdepan dengan segala macam disiplin dan peraturan serta rindu apabila berjauhan, namun sekarang ini mereka sudah terbiasa dan boleh menjalani kehidupan di asrama dengan baik.

Berbalik kepada permaslahan -ibuibu yang berdepan dengan masalah menempatkan anak-anak mereka di sekolah berasrama, saya memberi mereka motivasi supaya mereka bersabar dan dalam masa yang sama berusaha membuat rayuan selagi ada ruang. Saya percaya walaupun di sekolah harian anak-anak yang dipantau dan mempunyai jati diri yang kental akan boleh melepasi segala ujian yang datang (terutama untuk menangani masalah gejala sosial dikalangan anak-anak). Namun lebih penting pada saya memilih sekolah harian atau sekolah swasta yang mempunyai aliran agama, supaya anak-anak mendapat kedua-dua ilmu iaitu ilmu dunia dan ilmu akhirat. Apapun  sekolah harian atau sekolah agama, biar di mana mereka berada, moga mereka sentiasa diberi kekuatan iman untuk menjadi diri mereka sendiri menjadi Muslim yang sejati yang kenal diri. Ibarat seekor ikan yang isinya tetap tidak masin biarpun berada di lautan yang masin.
Wallhuaalam.

Thursday, January 12, 2012

ALUMNI..OH.. ALUMNI Siri 2


Membina Silaturrahim

Cuaca di Kuala Lumpur seperti biasa adakala cerah adakala mendung. Saki baki dan tempias tengkujuh dari Pantai Timur masih belum reda. Aku seperti biasa bila muncul hari Isnin maka kekalutan dan kesibukan menguruskan segala hal dating menjengah. Sibuk urusan belajar, sibuk juga dengan urusan anak-anak juga sibuk dengan urusan perniagaan. Biar bagaimana sibuk dengan segala hal, namun hati tetap mengingatkan kenangan ku di MMP. Sepantas waktu berlalu, Anis sudah sebulan di MMP, namun masalah dengan emosinya yang rindu kepada keluarga masih belum stabil. 

Dalam keadaan begitu, tiba-tiba datang sepucuk surat yang bertanda urusan kerajaan. “ Hem, surat dari siapa ni, nama ni untuk Anis Najwa” desis hati saat posmen memberikan surat di tangan. Bila sampul dibuka tertera tawaran untuk Anis menduduki tingakatan satu di asrama penuh. Hati sedikit rasa gembira berbaur sedih kerana, beberapa hari sebelumnya kakakku menelepon supaya Anis Najwa berpindah di sekolah yang hamper dengan ku di Kuala Lumpur. Alasan kakakku” Lebih baik kakak sekolah dengan sekolah yang dekat untuk di jengok, bukan apa, budak-budak remaja sekarabg kalau jauh dari ibu bapa mereka ini akan jadi rapat dengan kawan-kawan. Kalau kawan-kawan tu bagus tak mengapa, bimbang takut kawan-kawan tu bawa pengaruh yang tak baik”.
Ingatan kakak ku menyebabkan hati bersarang dengan rasa waswas. Memang betul, remaja sekarang mudah sangat terpengaruh dengan kawan, bila mereka dah rapat maka mereka akan lebih suka mendengar cakap-cakap kawan disbanding ibu bapa. Aku memang sedia maklum dengan hal ini. Lapan tahun pengalam menjadi guru di sekolah menengah menyebabkan aku cukup masak dengan permasalahan remaja. 


Sebagai guru banyak kes yang aku terpaksa berhadapan terutama remaja yang bebas berpeleseran kerana kurangnya pantauan dari ibu bapa. Surat yang diterima aku suakan pada suamiku apabila dia balik dari kerja. Selama seminggu kami berbincang, solat istikharah serta bertanya pandangan rakan-rakan, maka dengan berat hati aku dan suami membuat keputusan untuk menerima tawaran dari Kementerian Pelajaran. Pada hari minggu kami pulang ke Kelantan. Sekali lagi aku datang ke Maahad Muhaamadi P, tapi bukan lagi dengan perasaan gembira, kedatangan aku penuh dengan kesedihan kerana ketidakpastian bila lagi aku akan singah di tempat yang banyak berjasa pada diriku.

Bertemu dan Berpisah Kerana Allah
 Anis Najwa saat di sampaikan berita bahawa aku dan suami akan membawanya bersekolah di SBPI, menyuarakan rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan rakan-rakan sekelas dan juga kawan-kawan di asrama yang sudah semakin akrab. Bukan itu sahaja, sudah ada beberapa guru yang baik denganya kerana mereka mengenali diriku, kerana kebanyakan mereka juga sebelum ini adalah bekas guruku sebelum ini. 


Sewaktu singgah di kelas, aku sempat bertemu dengan guru kelas Anis Najwa yang juga bekas guru yang mengajarku pelajaran Tauhid iaitu Ustazah Radhiah. “ Anti nak bawa dia semula ke Kuala Lumpur? Tak menyesal ke? Bukan senang nak masuk sekolah ni, lagipun pembelajaran dah tak sama” kata Ustazah Radhiah. Aku cuba memberikan alasan sebaik mungkin pada Ustazah Radiah. “Bukan saya tak suka atau tak rasa menyesal Ustazah, tapi saya terpaksa sebab susah saya nak ulangalik menjengok Anis. Lagipun SBPI itu asrama yang mempunyai aliran agama, orientasinya pun berbeza dengan asrama penuh yang biasa. Harap-harap apa yang saya buat ini memberi kebaikan dan hikmah pada Anis” Ujarku pada Ustazah Radiah.

Bersambung...
Ummu Ieman Ihsan

Thursday, January 5, 2012

Kisah Pemilik Kebun



Sesungguhnya Kami telah uji mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami uji pemilik kebun. Ketika mereka bersumpah bahawa mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada keesokan paginya. Tetapi mereka tidak mengucapkan Insya Allah. Lalu kebun mereka dilanda bencana dari Tuhanmu (pada waktu malam), ketika mereka semua tidur. Maka kebun itu menjadi (terbakar menjadi arang hitam)seperti malam yang gelap gelita.

Pada awal pagi esoknya, mereka saling panggil-memanggil antara satu sama lain."Pergilah (segera) di waktu pagi (ini) ke kebun kamu, jika kamu memang mahu memetik buahnya." Lalu merekapun pergi sambil berbisik "Pada hari ini, janganlah ada orang miskin pun masuk ke kebun kamu".Lalu mereka berangkat di pagi hari dengan niat menghalangi(orang miskin) padahal mereka mampu (menolong mereka). Tatkala mereka melihat kebun itu (yang terbakar), mereka berkata " Kita memang sesat jalan." "Bahkan kita telah dihalangi (dari mendapat hasilnya)."

Orang yang paling baik sikapnya di kalangan mereka berkata: "Bukankah aku telah katakan kepada kamu, sebaik-baiknya kamu bertasbih (kepada Tuhanmu)." Mereka berkata (dengan sesalnya) "Maha suci Tuhan kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim!" Kemudian mereka saling bertentangan dan mencela satu sama lain. (Dengan insaf) mereka berkata:"Aduhai celakanya kita! Sesungguhnya kita ini adalah orang-orang yang melampaui batas." "Semoga Tuhan kita menggantikan kebun yang lebih baik bagi kita daripada kebun yang telah binasa itu;sesungguhnya kita berharap kepada Tuhan kita sahaja."

Demikianlah azab seksa (di dunia), manakala azab di akhirat jauh lebih besar; kalaulah mereka mengerti.

Terjemahan ayat 17 hingga 33 Surah Al-Qalam (surah ke 68).

Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TINGGAL 2011

Tahun 2011 akan kita tinggalkan tidak lama lagi...dan kita akan bersua pula dengan tahun baru 2012..Alangkah masa begitu cepat berlalu..Terasa baru semalam kita menghirup dan bernafas ditahun 2011..Alangkah masa begitu pantas menjarah kehidupan kita..ada peristiwa pahit dan manis digarapkan sepanjang 2011..
Apa yang manis itu, apa pula yang pahit itu? Biar apa pun kepahitan atau kemanisan kenangan itu, ia telah dipahatkan didalam memori 2011. Biarlah ia pergi, namun jangan kita lupa...ada pertanyaan yang perlu kita tanyakan pada diri...

BAGAIMANA kita habiskan masa itu?
APA yang kita lakukan dengan waktu itu?
ADAKAH  telah kita ambil ikitibar dari segala perkara?
BILA kita mengambil peluang untuk bersamaNya?
KENAPA ada waktu kita terleka dengan hiburan sementara?

2012 yang bakal tiba seketika nanti..moga ada ruang untuk kita perbetulkan apa yang silap sebelum ini. Moga  2011 yang bakal berlalu member kita seribu inspirasi untuk kita berjuang melakar sebanyak mungkin kejayaan  dan kekayaan untuk dibawa ke negeri abadi...

Biarlah kenagna pahit dan manis yang telah kita lukiskan pada 2011 menjadi iktibar dan ibrah buat diri untuk mencipta sejarah baru ditahun 2012..Moga 2012 bakal mencatat tahun terbaik buat kita...dan Dia memberikan TAUFIK DAN HIDAYAH-NYA unutk bekalan kita mengharung perjuangan meniti kehidupan.

Ya Allah...
Ampunkan dosa kami...
Maafkan segala kesilapam kami..
sama ada yang kami sedari dan tidak kami sedari..
Limpahkan hidayah Mu Ya Allah
Berikanlah kekuatan bagi kami meneruskan perjuangan ini
Rahmatilah kami dengan kekuatan Iman..
Kurniakan kami rezeki yang melimpah ruah dan berkat
Untuk kami manfaatkan kepada agama-MU..
Radhalah dengan setiap apa yang kami lakukan.
Terimalah segala amalan kami...
Moga tahun yang mendatang ini
memberikan beribu kebaikan buat kami...
Ya Allah..
Berilah kebaikan dunia dan kebaikan akhirat untuk kami..
Ameen.. Ya Rabbal Alameen.

Ummu Ieman Ihsan
5.58pm
31. 12. 2011

Sunday, December 25, 2011

ALUMNI MAAHAD MUHAMMADI


Assalamualaikum w.b.r.t.  
Bismillahirrahmanirrahim,
Yang Berbahagia Dato Paduka Nik Abdul Kadir. Yang dihormati Datuk Dr. Mahmud Zuhdi. Yang dihormati Para VIP, Para AJK Penganjur Program Ramah Mesra Maahad Muhammadi, rakanrakan, teman seperjuangan sekalian! Saya merakamkan ucapan terimakasih yang tak terhingga ataskomitmen, kerjasama, pengorbanan masa, tenaga, idea, wang ringgit bagi menjayakan program pada hari ini! Itulah tanda kesatuan dan semangat kerjasama yang menjadi intipati kepada penganjuran program seumpama ini melalui platform Alumni MaahadMuhammadi….akhirnya program yang diatur sejaksebulan yang lalu dapat kita laksanakan dan jayakan pada hari ini.Terimakasih sekalilagi!! Moga Allah meredhai dan memberkati segalausaha kita pada hari ini dan masa akan datang!

Tuan tuandanPuanpuansekalian,
Program Ramah Mesra ini punya sejarah yang agak panjang, ia rentetan usaha kecil beberapa teman dikalangan Alumni untuk mengusahakan sesuatu seperti ini. Antara usaha awal yang dilakukan ialah bantuan anakyatim, sumbangan komputer untuk makmal komputer MMP dan program meraikan bekas guru guru MMP. Kemudiannya, beberapa usaha dilakukan oleh pihak PERMUTUM, AMAL, dan MMP dengan mengadakan program usahasama seperti IjtimakHari Raya pada tahun 2010 dan 2011. Melalui program program ini maka tercetus lah idea untuk bekerjasama lalu menghasilkan penggabungan alumni MML dan MMP dan akhirnyaterlaksanalah program Majlis Makan Malam baru baru ini. Hari ini adalah detik langsung dari rentetan peristiwa-peristiwa itu, makapihak Alumni maju setapak lagi dalam usaha mengumpulkan semua bekas pelajar MaahadMuhammadi serta melakukan usaha untuk mengumpulkan data Alumni MaahadMuhammadimelaluipendaftaranahli alumni secara online.


Sebenarnya, tidak dapat dinafikan bahawa kehadiran anda semua pada hari ini amat bermakna buat pihakpenganjur. Ia menjadi motivasi bagi kami untuk terus berusaha menganjurkan program bersifat ramah mesra dan mengerat ukhuwwah sebegini agar kita saling bertanyakhabar, bertukar-tukar fikiran, berkongsi idea, dan cuba sedayaupaya berkongsi dan bekerjasama untuk melaksanakan cadangan mahupun idea yang bernas untuk kebaikan bersama mahupun kebaikan MaahadMuhammadi yang kitasayangi!.........
Ada yang datangsendirian, ada yang berpasangandanada yang datangbersamaahlikeluarga….semuanyasangatdialualukan.Iniadalahantaraintipatiusahakepadamemperkukuhukhuwwah yang mendasaripenubuhan Alumni MaahadMuhammadi.


Tuan Tuan dan PuanPuan sekalian,
Apabila wujudnya ukhuwwah, makaterjalinlah silaturrahimserta kesatuan ummah, kesatuanfikrah, kesepaduanusaha dan kepakaran dapat dijanabersama. Maka bermulanya disini kita bergerak bersama secara kolektif untuk menatijahkan objektif dan matlamat  Alumni Maahad Muhammadi.

Tidak dapat dinafikan bahawa telah ramai ‘batch’, bekas pelajar dan graduan MaahadMuhammadi sejak penubuhannya. Iasebenarnya sudah berlapis lapis generasi! Menyedari hakikat ini, Program Ramah Mesra pada hari ini diusahakan dan dijayakan bagi mengumpul seramai boleh bekas pelajar Maahad Muhamadi samada Maahad Lelaki mahupun Perempuan terutamanya di sekitar Lembah Kelang ini. Program Ramah Mesra ini ialah suatu usaha untuk memperkukuh jaringan dan jalinan persahabatan pelbagai peringkat serta ‘batch’ Alumni MaahadMuhammadi.


Antara lain sisi utama hasrat pihakAjk Penganjur didalam Program Ramah Mesra ini ialah menyediakan platform untuk semua bekas pelajar menjadi AHLI Alumni MaahadMuhammadi. Ia suatu gerakkerja bagi pihak AJK untukmengumpul dan mendapatkan data lengkap ahli Alumni MaahadMuhammadi.
Untuk tujuan itu, pihak AJK Program telah menyediakan suatu website khas iaitu www.alumnimaahadmuhammadi. dan tuan puan semua dijemput untuk melayari website tersebut untuk memasukkan maklumat keahlian Alumni Maahad Muhammadi secara dalam talian atau tuanpuan boleh berurusan dimeja urusetia dihadapan Dewan ini pada hari ini.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian juga boleh melayari website alumni yang saya nyatakan tadi untuk mendapatkan segala maklumat berkaitan Alumni, samadaperkembanganterkini, aktivitidan program yang dianjurkan oleh alumni serta maklumat maklumat lain yang akan sentiasa di ‘update’ oleh pasukan IT, Alumni Maahad Muhammadi. Tidak lupa juga, pihak AJK Alumni memohon kerjasama Tuan tuan dan Puanpuan sekalian untuk sentiasa mewawarkan link website alumni Maahad Muhammadi ini kepada teman-teman lain atau ‘batch-batch’ lain samada melalui laman Facebook, Twitter, Myspace, Blog atau lain lain saluran. Dalam konteks ini anggaplah diri sebagai duta sukarela Alumni Maahad Muhammadi!


Pada progam ini juga, tuan-tuan dan puan-puan akan dimaklumkan tentang halatuju, program dan aktiviti serta skopAlumni Maahad Muhammadi yang akan diterangkan oleh Ybhg Sdra Dr Nazmi Ghazali Azmi selaku Naib Presiden Alumni Maahad Muhammadi seketika nanti. Justeru, harapan saya agar tuan-tuan dan puan-puansemua boleh setia sehingga kehujung program ini agar boleh terlibat di dalam sesi perbincangan yang akan diadakan nanti.

Tuan TuandanPuanPuansekalian….
Program Ramah Mesra ini tidak akan meriah dan berjaya tanpa sokongan para penaja dan penyumbang dikalangan Alumni MaahadMuhammadi! Ada yang menaja hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah, menaja dewan al-Malik Faisal yang penuh nostalgia buat kita semua, menaja tiket pelancongan dan tiket mengerjakan UMRAH, menaja meja untuk anak-anak yatim, menaja makanan dan malah menaja website Alumni Maahad Muhammadi.


Saya selaku Pengarah Program Majlis Ramah Mesra Alumni Maahad     Muhammadi 2011  mewakili semua Ajk dan Penganjur mengucapkan jutaan terimakasih “JazakallahuKhairanKatsiira” atas segala sumbangan dan penajaan para kawan-kawan dan teman-teman perjuangan.Juga tidak dilupa sumbangan dari ‘the unsung heros and heroins’ dalam bentuk idea, masa dan tenaga mereka secaralangsung dan tidaklangsung! Moga Allah membalas jasa budi kalian semua dengan sebaik-baik balasan!


Jutaan terimakasih juga kepada parajemputan VVIP, ada yang datang dari Kelantan semata-mata untuk menghadiri program pada hari ini, begitu juga rakanrakan dan sahabat yang sanggup datang dari jauh! Sudah ramai graduan Maahad Muhammadi dikalangan kita yang ‘merata’ di dalam masyarakat. Masing-masing telah mencipta nama dan menempa kejayaan di bidang masing-masing. Kalian semua punya kepakaran dan kemahiran berbeza.Tahniah dan syabas kepada kalian semua! Moga Allah sentiasa meredhai dan memberkati jalan-jalan kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan kalian. Terimakasih sekali lagi.


Sebelum mengakhiri ucapan, saya bagi pihak Ajk Penganjur Program Ramah Mesra ini memohon jutaan kemaafan jika ada kekurangan, kesilapan dan sebarang kelemahan disepanjang program ini berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahandiri kami, justeru kami berlapang dada dan memohon maaf sekali atas segala kekurangan itu.

Terimakasih semua
Sakinah Salleh
Pengarah Program Majlis Ramah Mesra 2011
Alumni Maahad Muhammadi

Friday, September 23, 2011

ALUMNI..OH.. ALUMANI

Siri 1

Saat meninggalkan sekolah yang menjadi pentas aku menuntut ilmu seakan baru, masih terngiang suara-suara rakan-rakan, masih tergambar warna-warni  MMP, masih terpahat memori sepanjang pengajian. Ternyata puluhan tahun aku meninggalkan sekolah ini tanpa menoleh kembali. Namun saat ini..saat ini sekali lagi aku akan menjejak kaki di tanah tempat aku banayk mengukir kisah dan cerita. Anakku bakal menjejak kaki di sekolah ini menyambung perjalanan ku sebelum ini, menggali ilmu mencedok pengetahuan. Anis Najwa bakal mewarnakan kehidupannya di MMP. Kebahgiaan bercampur rasa pilu kerana saat menjejak kaki  dipentas MMp. Sekolah yang ku tinggallaknan puluhan tahun itu bangunannya ada yang semakin kusam, ada yang sudah berwajah baru. Saat menerjah ke bilik gurunya, masih ada wajah-wajah ustazah yang pernah mendidikku. Terpaku melihat suasan bilik guru yang tidak langsung berubah,bahkan kerusi mejanya semakin using.  Saat ingin mendaftarkan Anis ku lihat komputer gurunya sudah separuh abad. Prasarananya begitu dhaif jika dibandingkan dengan sekolah yang pernah aku mengajar. Anis ditempatkan di asrama C asrama yang juga menjadi tempat aku memenuhi zaman pengajianku selama hampir empat tahun di situ. Asrama itu banyak mencuit perasaan. perasaan sebak dan pilu kerana tidak aku sangka aku masih diberi  kesempatan olehNya untuk mencipta semula kenagan di MMp seketika dulu. Anis ditempatkan di bilik 3. Suasana asramanya cukup padat, tempat yang sewaktu duul menjadi ruang kami untuk berehat dan menonton telah menjadi bilik. Subhanallah, melihat kepada asramanya mengingatkan aku pada keadaan dulu. Jauh beza keselesaannyab erbanding tahun 80an dulu. Tingkap yang dulu menjadi laluan cahay telah tertutup oleh katil-katil yang berbaris panjang. Sedihnya melihat keadaan itu. Sesuaikah anaku belajar disini? Bolehkah Anis belajar hidup dalam suasana yang baru ini. Biar apapun aku percaya, MMP tempat unggul yang telha melahirkan ribuan generasi cemerlang dan hebat, sudah pasti segala kekurangan ini bukanlah satu perkara utama bagi insane yang benar-benat ingin menuntut ilmu.Saat bertemu warden asramanya aku cepat berkenalan, ternyata dia merupakan seniorku di MMP.  kelegaan bagiku untuk meletakkan Anuis dibawah seliaan Ustazah Rohani. Saat bersalaman dan berpelukan airmata jatuh kerana menahan kesediha berpisah dengan anak sulonku yang tidak pernah berjauhan.
Aku kembali pulang ke Kuala Lumpur  dengan perasaan kesal, kesal kerana lamanya MMp tidak ku jengok, padahal ramai anak-anak buah selepas ku belajar disini. Selepas ke menara gading pada 1990, aku tidak pernah lagi kembali. Rasa bersalah kerana tidak pernah mengetahui dan kembali menyumbang kepad sekolah yang telah banyak berbakti kepada ku.  Perasaan itu kependam dalam diri, dengan fikiran apakah yang boleh ku lakukan untuk MMp.  Sesubuh pagi aku mendengar deringan telefon, saat ku angkat suara tangisan Anis bersahut diganggang. “ Ummi, kakak rindu, kakak nak balik”. Ternyata rindu pengalaman yang pernah ku tempoh sebelum ini sudah mejengah pada sanubari anakku. “ Sabarlahkakak, nanti lama-lama kakak akan seronok di sana” Pujukku mnedamai hati anak sulongku. Sewaktu baru selsai menuanikan solat zohor, telefon ku bordering lagi, “ Ummi kakak suka nak bersekolah di sini, tapi kakak rindu Ummi dan Baba, kakak rindu Adik dan Ieman”. Saat mendengar suara anakku itu sebenarnya airmata ku juga sedang ber cucuran menahan hiba dek rindu. Namun ku tahankan perasaan itu. “ Ye la kakak, Ummi pun rindu pada kakak,semua orang rindu, tapi  kakak nak jadi insan berguna, kakak perlu tahan perasaan itu” Nasihat ku pada Anis. “ Ummi, janji cuti minggu ni Ummi dating ye”Pinta Anis. Berat hati ingin mengotakan janji. Terpaksa berulangalik dari Kl ke Kora Bharu bukanlah jarak yang dekat, semetelah komitmen kerja dan anak-anak yang lain juga bersekolah. “ Baiklah kakak, nanti Ummi datang” janjiku untuk meredakan perasaan Anis. Esoknya seperti ku duga, saat azan subuh berkumandang telefon ku berbunyi lagi. “ Ummi kakak rindu”Esakan Anis kudengar dihujung telefon. Sungguh aku tidak tahan mendegar rengekannya. “ Ummi, kakak nak Ummi datang, kakak rindu Ummi, lagipun ada keperluan kakak yang perlu dibeli”. Pinta Anis merayu rayu. “ Baiklah kakak, nanti hujung mionggu Ummi dating, nanti petang ummmi akan minta Makcik atau dan Che Ngah datang ye, dan belikan keperluan kakak.” Puas dengan janji Anis meletakkan telefon.
Jam sudah hampi ke pukul dua setengah, telefon ku bordering, melihat nombornya sudah ku agak, itu panggilan dari Anis Najwa. “ Apa kak?” Tanyaku prihatin. “ Ummi kakak mengatuk masa dikelas, kakak tidur jam dua pagi” Kata Anis. “Kenapa kakak tidur lambat sangat?” Tanyaku. Kakak terpaksa tunggu giliran untuk seterika baju”. Jelas Anis. “Kenapa lama sangat?” Ujarku ingin kepastian. “ Sterikanya Cuma satu je Ummi  untuk satu asrama tu”. “Oh ye ke”. Aku memberi jawpan kepada Anis “Okay takpe nanti kita bawak seterika kita ye, Anis cubalah ikhtiar mana yang patut, nanti gosok baju tak payah tunggu sampai pagi” pesan ku pada Anis. Esoknya seperti biasa, telefon akan meandering saat hampir subuh, aku hanya akan mendengar ratapan Anis dan pelabagi maslalah yang dihahdapinya di sekolah. anak-anak zaman sekarang ternyata begitu sukar adakalnya untuk ditenteramkan apabila berhadapan dengan cabaran. Mereka ini berada di zon selesa, ada sahaja hal remh temeh yang diajukan. Aku percaya semua ini boleh melatih Anis najwa menjadi lebih berdikari dan tahan diuji.
Seminggu bertemu minggu aku setakat mewakilkan kakak-kakakku unutk datang ke MMP berselang hari melayan rindu dan memujuk Anis untuk meneruskan persekolahan disitu. Setiap hari paling kurang dua kali aku mendapat panggilan dari Anis. puluhan duit dihabiskan untuk membeli kadfon semata-mata. Minggu ke dua Anis di MMp aku membawanya pulang ke kampong. Sewaktu pulang pelbagai kisah dikongsikan. Biarpun baru dia minggu dan tidak tahan berpisah tapi Anis memang seronok belajar di MMp. Sementelah guru-guru yang mengenali diriku sebelum ini mengajarnya disekolah. Apa yang palin membuat aku terasa apabila Anis Nawa mengatakan  banyak benda yang kurang disekolah. meja yang diberi padanya berlubang, tiada laci sehingga terpaksa berkongsi dua meja tiga murid. Aku tidak nberkata apa-apa, jauh sekali menyatakan sekolah tidak memberikan yang terbaik kepada pelajar. Bahkan mindaku sejak kaki melangkah dihari pertama di MMp aku merasakan betapa kurangnya prsarana yang ada, padahal bekas pelajar MMp yang sudah berjumlah puluhan sudah Berjaya. Alangkah kalau semuanya menyumbang semula kepada sekolah. Aku membayangkan saat aku mengajar di sekolah menengah pada 1996 aku sudah dibekalkan dengan kerusi tayar empuk, meja sendiri yang privacy, bilik berair cond. Semua ini aku bandingkan, alangkah jauhnya dengan apa yang ada di MMP. Aku merasakan sudah sampai masa aku sebagai bekas pelajar mengorak langkah untuk memberikan sesuatu kepada sekolah walaupun tidak dipinta. Aku perlu menjadi insane yang membalas budi.Kalau tanap sekolah serta guru yang banyak mencurahkan ilmu maka sudah pasti aku tidak sampai ke tahap sekarang. Biarpun tidak sehebat kejayaan orang lain, namun ia juga tetap kejayaan bagi diri ku yang keridil ini. Saat ini aku berjanji ak perlu meulakan sesuatu demi untuk MMP.