Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Wednesday, March 13, 2013

Merasa Diri Hebat Maka Jadilah Anda "Bodoh Sombong"


Bismillah,

Dengan siapa kita berinteraksi, dengan siapa kita berdepan, tidak penting siapa mereka tetapi apa yang penting adalah bagaimana sikap dan tingkahlaku yang kita tonjolkan terhadap mereka.  Cara kita melayan orang sekelilimg kita adalah cermin diri kita. Ia menonjolkan imej kita yang sebenar. 

Itu muqadimah kepada apa yang ingin penulis sampaikan kepada pembaca budiman. Terkedu, terkelu, atau "speachless" bila mendengar, berdepan dengan 'Hamba Allah' yang bersikap bodoh sombong hingga menonjolkan sikap sebenarr diri.

Sekadar menyatakan dalam hati MasyaAllah... kesiannya individu ini, sungguh dia tergolong dalam insan yang tidak mendapat petunjuk bila diri merasa hebat dan bangga dengan apa yang ada. 

Penulis perhatikan adakala kita hanya melayan seseorang dengan baik bila kita mengetahui status mereka, apa pekerjaan mereka. Ada masanya kita cenderung bersifat hipokrit, berlaku baik dan ramah tamah kita melebihi yang sepatutnya bila kita merasakan individu tersebut ada kepentingan kepada kita. Sebaliknya bila berdepan dengan individu yang kita tidak suka kerana status mereka atau apa sahaja sebabnya maka kita bertingkah laku dengan biadap, kasar serta menunjukkan kehebatan diri. 

Adakala orang yang kita tidak kenal tidak mahu dentiti mereka dikenali, ada juga orang yang 'rendah diri' tidak menonjolkan diri siapa mereka atau menunjukkan sikap sombong.

Maka berhati-hatilah dengan sikap kita, jangan kita dikatakan 'bodoh sombong' dek kerana merasa diri lebih bagus dari orang lain.

Pesanan untuk diriku yang lalai.....
Wallahuaalam.

1 comment:

  1. saya sedih berdepan dengan orang bodoh sombong.cam kisah saya...adik ipar saya baru kahwin terus Hamil n dia sering menunjuk2.. sambil memerli say a sebab xhamil ...camna saya nak berdepan dengan orang macam ni???

    ReplyDelete