Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Thursday, March 21, 2013

Bila Perasaan Mahu Memiliki Menguasai Diri


Ramai dikalangan kita apabila inginkan sesuatu kita seperti tidak sabar, lalu apabila kita telah mendapatkan apa yang dibutuhkan maka ia seperti tidak bermakna apa-apa. Kita hilang rasa bersyukur, kita tiada rasa berunutung, bahkan kita sering lupa janji kita kepada Dia saat kita belum memperoleh apa yang diingini atau yang dicitakan. Itulah manusia, seringkali lupa, jika tidak lupa tetapi tiada rasa mahu bersyukur dengan apa yang ada.



Allah menguji hambanya dengan sifat Mahu, suka dengan apa yang dimiliki orang lain..hingga adakala kita tidak dapat melihat apa yang telah kita miliki.. kita adakala kurang menghargai... kesannya timbul rasa cemburu, keluh kesah bersarang dengan apa yang kurang pada diri. Kecamuk kemahuan tidak sabar mahu memilik perkara yang sama. Lalu bila Allah datangkan kepada kita apa yang kita inginkan, ternyata bila kita dapat ia tidak ada rasa sebagaimana yang kita gambarkan. Ia menjadi hambar..lalu kita mengejar perkara yang lain pula.. Maka hidup tidak berkesudahan melainkan dengan mahu memiliki apa sahaja, hingga lupa hakikat kehidupan..
Moga kita bukan tergolong dalam golongan sedemikian...
Wallahuaalam


No comments:

Post a Comment