ALUMNI..OH.. ALUMANI
Siri 1
Saat meninggalkan sekolah yang menjadi pentas aku menuntut ilmu seakan baru, masih terngiang suara-suara rakan-rakan, masih tergambar warna-warni MMP, masih terpahat memori sepanjang pengajian. Ternyata puluhan tahun aku meninggalkan sekolah ini tanpa menoleh kembali. Namun saat ini..saat ini sekali lagi aku akan menjejak kaki di tanah tempat aku banayk mengukir kisah dan cerita. Anakku bakal menjejak kaki di sekolah ini menyambung perjalanan ku sebelum ini, menggali ilmu mencedok pengetahuan. Anis Najwa bakal mewarnakan kehidupannya di MMP. Kebahgiaan bercampur rasa pilu kerana saat menjejak kaki dipentas MMp. Sekolah yang ku tinggallaknan puluhan tahun itu bangunannya ada yang semakin kusam, ada yang sudah berwajah baru. Saat menerjah ke bilik gurunya, masih ada wajah-wajah ustazah yang pernah mendidikku. Terpaku melihat suasan bilik guru yang tidak langsung berubah,bahkan kerusi mejanya semakin using. Saat ingin mendaftarkan Anis ku lihat komputer gurunya sudah separuh abad. Prasarananya begitu dhaif jika dibandingkan dengan sekolah yang pernah aku mengajar. Anis ditempatkan di asrama C asrama yang juga menjadi tempat aku memenuhi zaman pengajianku selama hampir empat tahun di situ. Asrama itu banyak mencuit perasaan. perasaan sebak dan pilu kerana tidak aku sangka aku masih diberi kesempatan olehNya untuk mencipta semula kenagan di MMp seketika dulu. Anis ditempatkan di bilik 3. Suasana asramanya cukup padat, tempat yang sewaktu duul menjadi ruang kami untuk berehat dan menonton telah menjadi bilik. Subhanallah, melihat kepada asramanya mengingatkan aku pada keadaan dulu. Jauh beza keselesaannyab erbanding tahun 80an dulu. Tingkap yang dulu menjadi laluan cahay telah tertutup oleh katil-katil yang berbaris panjang. Sedihnya melihat keadaan itu. Sesuaikah anaku belajar disini? Bolehkah Anis belajar hidup dalam suasana yang baru ini. Biar apapun aku percaya, MMP tempat unggul yang telha melahirkan ribuan generasi cemerlang dan hebat, sudah pasti segala kekurangan ini bukanlah satu perkara utama bagi insane yang benar-benat ingin menuntut ilmu.Saat bertemu warden asramanya aku cepat berkenalan, ternyata dia merupakan seniorku di MMP. kelegaan bagiku untuk meletakkan Anuis dibawah seliaan Ustazah Rohani. Saat bersalaman dan berpelukan airmata jatuh kerana menahan kesediha berpisah dengan anak sulonku yang tidak pernah berjauhan.
Aku kembali pulang ke Kuala Lumpur dengan perasaan kesal, kesal kerana lamanya MMp tidak ku jengok, padahal ramai anak-anak buah selepas ku belajar disini. Selepas ke menara gading pada 1990, aku tidak pernah lagi kembali. Rasa bersalah kerana tidak pernah mengetahui dan kembali menyumbang kepad sekolah yang telah banyak berbakti kepada ku. Perasaan itu kependam dalam diri, dengan fikiran apakah yang boleh ku lakukan untuk MMp. Sesubuh pagi aku mendengar deringan telefon, saat ku angkat suara tangisan Anis bersahut diganggang. “ Ummi, kakak rindu, kakak nak balik”. Ternyata rindu pengalaman yang pernah ku tempoh sebelum ini sudah mejengah pada sanubari anakku. “ Sabarlahkakak, nanti lama-lama kakak akan seronok di sana” Pujukku mnedamai hati anak sulongku. Sewaktu baru selsai menuanikan solat zohor, telefon ku bordering lagi, “ Ummi kakak suka nak bersekolah di sini, tapi kakak rindu Ummi dan Baba, kakak rindu Adik dan Ieman”. Saat mendengar suara anakku itu sebenarnya airmata ku juga sedang ber cucuran menahan hiba dek rindu. Namun ku tahankan perasaan itu. “ Ye la kakak, Ummi pun rindu pada kakak,semua orang rindu, tapi kakak nak jadi insan berguna, kakak perlu tahan perasaan itu” Nasihat ku pada Anis. “ Ummi, janji cuti minggu ni Ummi dating ye”Pinta Anis. Berat hati ingin mengotakan janji. Terpaksa berulangalik dari Kl ke Kora Bharu bukanlah jarak yang dekat, semetelah komitmen kerja dan anak-anak yang lain juga bersekolah. “ Baiklah kakak, nanti Ummi datang” janjiku untuk meredakan perasaan Anis. Esoknya seperti ku duga, saat azan subuh berkumandang telefon ku berbunyi lagi. “ Ummi kakak rindu”Esakan Anis kudengar dihujung telefon. Sungguh aku tidak tahan mendegar rengekannya. “ Ummi, kakak nak Ummi datang, kakak rindu Ummi, lagipun ada keperluan kakak yang perlu dibeli”. Pinta Anis merayu rayu. “ Baiklah kakak, nanti hujung mionggu Ummi dating, nanti petang ummmi akan minta Makcik atau dan Che Ngah datang ye, dan belikan keperluan kakak.” Puas dengan janji Anis meletakkan telefon.
Jam sudah hampi ke pukul dua setengah, telefon ku bordering, melihat nombornya sudah ku agak, itu panggilan dari Anis Najwa. “ Apa kak?” Tanyaku prihatin. “ Ummi kakak mengatuk masa dikelas, kakak tidur jam dua pagi” Kata Anis. “Kenapa kakak tidur lambat sangat?” Tanyaku. Kakak terpaksa tunggu giliran untuk seterika baju”. Jelas Anis. “Kenapa lama sangat?” Ujarku ingin kepastian. “ Sterikanya Cuma satu je Ummi untuk satu asrama tu”. “Oh ye ke”. Aku memberi jawpan kepada Anis “Okay takpe nanti kita bawak seterika kita ye, Anis cubalah ikhtiar mana yang patut, nanti gosok baju tak payah tunggu sampai pagi” pesan ku pada Anis. Esoknya seperti biasa, telefon akan meandering saat hampir subuh, aku hanya akan mendengar ratapan Anis dan pelabagi maslalah yang dihahdapinya di sekolah. anak-anak zaman sekarang ternyata begitu sukar adakalnya untuk ditenteramkan apabila berhadapan dengan cabaran. Mereka ini berada di zon selesa, ada sahaja hal remh temeh yang diajukan. Aku percaya semua ini boleh melatih Anis najwa menjadi lebih berdikari dan tahan diuji.
Seminggu bertemu minggu aku setakat mewakilkan kakak-kakakku unutk datang ke MMP berselang hari melayan rindu dan memujuk Anis untuk meneruskan persekolahan disitu. Setiap hari paling kurang dua kali aku mendapat panggilan dari Anis. puluhan duit dihabiskan untuk membeli kadfon semata-mata. Minggu ke dua Anis di MMp aku membawanya pulang ke kampong. Sewaktu pulang pelbagai kisah dikongsikan. Biarpun baru dia minggu dan tidak tahan berpisah tapi Anis memang seronok belajar di MMp. Sementelah guru-guru yang mengenali diriku sebelum ini mengajarnya disekolah. Apa yang palin membuat aku terasa apabila Anis Nawa mengatakan banyak benda yang kurang disekolah. meja yang diberi padanya berlubang, tiada laci sehingga terpaksa berkongsi dua meja tiga murid. Aku tidak nberkata apa-apa, jauh sekali menyatakan sekolah tidak memberikan yang terbaik kepada pelajar. Bahkan mindaku sejak kaki melangkah dihari pertama di MMp aku merasakan betapa kurangnya prsarana yang ada, padahal bekas pelajar MMp yang sudah berjumlah puluhan sudah Berjaya. Alangkah kalau semuanya menyumbang semula kepada sekolah. Aku membayangkan saat aku mengajar di sekolah menengah pada 1996 aku sudah dibekalkan dengan kerusi tayar empuk, meja sendiri yang privacy, bilik berair cond. Semua ini aku bandingkan, alangkah jauhnya dengan apa yang ada di MMP. Aku merasakan sudah sampai masa aku sebagai bekas pelajar mengorak langkah untuk memberikan sesuatu kepada sekolah walaupun tidak dipinta. Aku perlu menjadi insane yang membalas budi.Kalau tanap sekolah serta guru yang banyak mencurahkan ilmu maka sudah pasti aku tidak sampai ke tahap sekarang. Biarpun tidak sehebat kejayaan orang lain, namun ia juga tetap kejayaan bagi diri ku yang keridil ini. Saat ini aku berjanji ak perlu meulakan sesuatu demi untuk MMP.