Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Sunday, March 2, 2014

Tasawwuf Harian : Allah itu nyata


Bismillah,

Allah itu nyata kewujudannya. Orang yang dekat dengan Allah akan merasa muraqabatullah. Mereka merasa Allah menyaksikan segalanya. Seorang Sheikh sentiasa menyebut: 

1. Allahu bersama ku
2. Allah penyaksi ku
3. Allah melihat aku

Kesannya dia mudah menghafal. Ada satu ketika di ke pasar dan melihat ada orang mengamuk meletakkan pisau pada seorang anak perempuan. Apa yang berlaku Sheikh ini pergi ke tempat tersebut dengan bertongkat. Walau di halang dia tetap pergi. Dia bertentang mata orang tersebut. Lalu rebah orang itu. Bila ditanya kenapa dia jatuh pengsan? Jawab lelaki itu dia seperti mendengar ; Allahu Nazhirun (Allah Maha Melihat).

Allah berhak memberi segala permintaan kepada hambaNya dengan syarat dia sandarkan segalanya pada Allah. Doa yang dipanjatkan kepada Allah akan diperkenankan. Doa ada 4 mengikut Ulama:

  1. Berdoa dan terus dapat
  2. Doa tertangguh: Lama berdoa baru dapat
  3. Doa yang tidak dimakbul tapi Allah selisihkan bala.
  4. Doa yang tidak bagi di dunia tapi ditunda di akhirat

Justeru apabila kita taat kepada Allah, doa sudah jadi menzahirkan ubudiyyah. Sekadar menzahirkan kehambaan kita kepada Allah. Allah tidak berhajat kepada makhluk sedang makhluk yang berhajat kepada Allah. Bila berhajat dan maqbul kita gembira, dan bila kita berdoa dan kita tidak memperoleh maka tetap kita gembira. Biar doa dan permohonan tidak dapat kerana apabila kita dapat itu adalah habuan kita, namun bila kita tidak mendapat itu adalah kehendak Allah.

Kefahaman ini menggambarkan kepada kita bahawa kita perlu kembali kepada Allah. Apabila berdoa pelru merasakan kehambaan yang tulus ikhlas kepada Allah. Anas R.A berkata: Nabi sedang berkhutbah lalu datang seorang lelaki dan bangun bercakap. Ya Rasullah habis sudah harta benda, kering kontang. Lalu Rasulullah berdoa. Kata Anas dia melihat awan putih sewaktu nabi belum berdoa. Namun bila Rasulullah berdoa awan hitam datang walhal tangan belum di letak. Bila turun hujan kami solat dalam hujan, solat dalam hujan hinnga kami pulang ke rumah. Hujan yang berpanjangan berlangsug hingga Jumaat yang sama. Lalu orang yang meminta itu menyatakan agar dihentikan. Lalu nabi berdoa agar hujan itu diselerakkan kepada orang lain. Maka ketika itu Anas berkata awab itu berselerak dan hujan berhenti serta merta. 


Doa adalah satu bentuk ikhtiar yang dalam ruang lingkup ajaran Islam, Apabila kamu berazam maka bertawakallah kepada Allah. Semua natijah adalah dari Allah. 

No comments:

Post a Comment