Kita dan keluarga kita
~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~
Hari ini berpeluang ziarah ibu tunggal yang baru sahaja bersalin. Suami beliau meninggal eksiden dua bulan lepas sewaktu beliau sedang sarat.
Saya elakkan bertanya kisah suami yang meninggal. Hanya bertanyakan kesihatan beliau dan sekolah anak-anak. Wanita ini sangat ceria dan tiada warna duka sewaktu bercerita hal anak-anak. Dalam hati terdetik, tabahnya wanita ini.
Melihat anak-anak yang masih kecil terasa sayu. Anak lelaki beliau baru tingkatan satu. Tapi sangat matang dan berdikari. Urusan keperluan rumah dia uruskan. Anak sulong perempuan pula urus adik-adik yang masih kecil.
Saya masih ingat sewaktu suami beliau disahkan meninggal, bonda menelefon saya memaklumkan berita kematian. Dihujung perbualan beliau sedih kerana keadaan yang sama seperti dirinya dulu. Ia satu kisah yang tidak pernah dikongsi apalagi mendengar keluhan.
Mengandung saat ditinggalkan suami. Pasti ia satu pengalaman sukar yang tidak pernah diungkapkan. Namun setelah puluhan tahun berlalu ia tetap berbekas di hati.
Sewaktu saya beransur mahu pulang, bonda dan mertua serta adik beradik ibu tunggal ini baru sahaja tiba. Saya melihat betapa sokongan keluarga yang amat padu dari keluarga sendiri dan keluarga suami. Realitinya ini sangat membantu dan apa yang diperlukan beliau saat ini.
Kajian saya tentang cabaran ibu tunggal juga membuktikan bahawa sokongan keluarga amat penting bagi membantu ibu tunggal atau balu bangkit membina kehidupan baru.
Nota:
Hakikatnya walau siapa kita dan di mana kita berada, keluarga adalah segalanya.
Bila kita mahu membuang keluarga kerana mengejar cinta baru maka fikirlah beribu kali.
Atau jika ada yang bermasam muka sesama ahli keluarga, berilah kemaafan.
Hidup ini tidak lama. Mengalah bukan kalah, ia tanda kita miliki hati dan jiwa yang hebat.
Memaafkan tidak perlu bayaran....
Hakikatnya walau siapa kita dan di mana kita berada, keluarga adalah segalanya.
Bila kita mahu membuang keluarga kerana mengejar cinta baru maka fikirlah beribu kali.
Atau jika ada yang bermasam muka sesama ahli keluarga, berilah kemaafan.
Hidup ini tidak lama. Mengalah bukan kalah, ia tanda kita miliki hati dan jiwa yang hebat.
Memaafkan tidak perlu bayaran....
No comments:
Post a Comment