5 CARA CARI IDEA BISNES
"Saya berminat nak buat bisnes tapi saya tak ada idea. Di manakah saya boleh cari idea bisnes?"
Eh, macam cari barang hilang pula. Pernah dengar begitu? Adakah "idea bisnes" boleh dicari?
Ada orang tunggu idea turun dari langit. Ada orang dapat idea di dalam tandas. Sebenarnya, kita juga boleh cari idea bisnes - tanpa menunggu dapat ilham!
1. Selesaikan masalah. Apakah "masalah" yang dihadapi oleh pengguna. Jawapan penyelesaian kepada masalah itu adalah idea bisnes yang cukup baik. Orang sanggup bayar jika perkhidmatan atau produk yang kita tawarkan boleh selesaikan masalah mereka.
2. Buat inovasi kepada produk di pasaran. Pengguna inginkan sesuatu yang baru. Buat penambahbaikan kepada produk atau perkhidmatan sedia ada. Inovasi tidak semestinya berteknologi tinggi, mahal atau luar biasa. Inovasi ialah suatu perubahan yang cukup bermakna kepada pengguna.
3. Ramai orang sukakan produk sedia ada di pasaran tetapi pada harga yang lebih rendah. Cari jalan untuk bangunkan produk atau perkhidmatan setanding apa yang ada di pasaran tetapi pada harga yang murah. Kita boleh kurangkan spesifikasi yang tidak penting bagi mengurangkan harga.
4. Cuba aplikasi skil kita di luar bidang. Sekiranya kita graduan kejuruteraan, cuba lihat bagaimanakah ilmu dan kemahiran itu boleh diaplikasikan dalam bidang lain, contoh biologi. Ia merupakan satu cara bagaimana kita boleh menjana idea baru.
5. Cari jurang dalam produk atau perkhidmatan sedia ada. Apakah yang ada dalam rangkaian tersebut? Apakah yang tidak ada dan diperlukan pengguna. Kemukakan cadangan bagaimana menyambung dua titik yang tidak bertemu itu. Apa saja yang berikan jawapan kepada masalah pengguna, itu idea bisnes.
No comments:
Post a Comment