Jumuaah Mubarakah
Kehidupan insan yang mahukan bahagia dan ketenangan tidak boleh lari dari mengikut landasan agama.
Mencari ilmu adalah salah satu prasyarat kehidupan beragama, mendekati orang yang berilmu adalah satu cara menambah ilmu bagi diri kita.
Siapa yang ada disekeliling kita juga bakal mencorakkan diri kita. Keluarga dan sahabat handai yang menerapkan kecintaan terhadap ilmu akan membentuk biah atau suasana keilmuan dalam kehidupan.
Maka pilihan adalah ditangan kita. Keluarga bagaimana yang kita mahu adalah bermula dengan siapa pasangan kita, didikan anak-anak yang bagaimana mahu diterapkan.
Sama dengan rakan taulan, siapa yang kita pilih untuk kita bergaul dan bertukar idea dan fikiran. Pastinya asas utama adalah agama. Sahabat yang cintakan agama akan secara tidak langsung berkongsi ilmu yang ada.
Pepatah Arab menyebut " sahabat adalah cermin diri kita". Apa yang kita fahami di sini, siapa sekeliling kita akan memberikan imej diri kita.
Oleh itu pilihlah individu yang bakal menjadi orang yang boleh menegur kita saat kita silap langkah, memastikan diri yang terbaik,
"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."
(Imam Nawawi)
No comments:
Post a Comment