Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Friday, May 15, 2009

Mencari kesempurnaan diri...

MENCARI KESEMPURNAAN DIRI

Kehidupan adalah perjalanan yang menjadi destinasi untuk menuju kehidupan akhirat yang kekal abadi. Sebagai insan begelar hamba yang mengakui kewujudan tuhan yang Mencipta segalanya yang hidup, pasti akan tercari-cari sesuatu untuk menyempurnakan kehidupannya. Setiap yang bergelar insan pastinya mahu memenuhi segala tuntuan hidup, mahukan kesenangan, mahu segala naluri keinginan yang ada dalam diri dipenuhi baik di sudut material, emosi dan juga intelek.
Manusia didalam mengejar cita-cita adakalanya terlupa akan tujuan dan hala sebenar kehidupan. Adakala arus menghanyutkan pencarian sebenar yang hakiki dalam kehidupan. Al Quran berpesan:
’tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Ku’
Ini suatu kenyataan yang jelas dan hakiki. Sesuatu yang telah Allah tetapkan sebagai fungsi utama mengapa kita wujud di dunia ini. Ini ialah hakikat kehidupan yang sebenarnya. Justeru, jika kita mencari hakikat tujuan sebenar kehidupan selain dari apa yang dinyatakan oleh Allah ini, maka kita akan tergelincir dari landasanNya. Lari dari makna sebenar kehidupan. Apabila kita tergelincir, hasilnya ialah kekosongan jiwa, terasa kehilangan sesuatu didalam kehidupan. Lantas, bagaimana mungkin rahmat dan kasih sayang Allah akan sampai kepada kita telah lari dari tujuan kehidupan dan hakikat mengapa kita dicipta. 
Ayat di atas berperanan besar dalam mendidik kita mencari hala tuju sebenar dalam kehidupan ini. Apakah yang dikatakan ibadat itu? Pastinya ia satu pengertian yang amat penting, yang luas skop dan hakikatnya untuk difahami oleh setiap individu yang bergelar insan atau makhluk.

Kita dijadikan oleh Allah adalah untuk beribadat kepadaNya semata-mata. Ibadat ini amat luas pengertiannya. Tapi segelintir di kalangan kita lebih memahami bahawa ibadat itu hanya mencakupi kepada tuntutan rukun Islam yang terkandung solat, puasa, zakat, haji dan yang lebih menjurus kepada ibadat khusus. Sehingga ada yang terlupa bahawa ibadat dalam erti kata sebenar mencakupi seluruh urusan di dalam kehidupan setiap makhluk. Dari mulanya membuka mata dari tidur, melalui proses perjalanan harian kehidupan sehingga sampai saat waktu menutup mata untuk tidur dan untuk bangun semula, pagi dan petang, siang dan malam kita sebenarnya menjalankan ibadat kepada Allah yang Menciptakan.
Dalam kita melalui perjalanan yang penuh dengan cabaran dan juga ranjau, pasti setiap individu mahu menyempurnakan segala tuntutan Illahi terhadap setiap Diri. Tuntutan ini bagaimana mahu dipenuhi? Sebagai memenuhi janji Tuhan kepada setiap makhluk yang beribadat kepada dengan penuh keikhlasan kepadanya. Takkala Allah menyeru hambaNya untuk kembali:
 ’ Wahai Jiwa Yang Tenang, kembalilah kepangkuan Tuhanmu.......
dalam ayat ini, Allah menyeru dengan memanggil hambanya dengan panggilan Jiwa yang Tenang? Apakah yang kita fahami dengan jiwa yang Tenang ini?Kriteria bagaimana untuk kita melayakkan diri untuk mencapai tahap ini?
Kriteria Jiwa Yang Tenang
Kesempurnaan Diri

  1.  Hubungan dengan Allah
  2.  Hubungan dengan Manusia
  3. Menunaikan Amanah
Kesempurnaan TanggungJawab
Menyempurnakan tanggungjawab adalah satu perkara penting yang menjadi pakej kepada kesempurnaan diri. Tanggungjawab setiap individu ini bukan hanya kepada diri sendiri, tetapi juga kepada keluarga, masyarakat, negara dan ummah. Kesempurnaan ini membentuk seorang insan yang mengaplikasikan tuntuan ilahi ke atas dirinya yang bergelar khalifah. Ini selari dengan firman Allah: 
’Kamu umat terbaik diutuskan untuk membawa kebaikan dan dan menjauhi kemungkaran’
Didalam proses menunaikan tanggunjawab ini manusia akan diuji dengan pelbagai. Contohnya seorang ahli perniagaan, apabila berjaya mempunyai harta yang banyak maka di tuntut ke atasnya untuk berzakat dan bersedekah. Maka di sinilah kesempurnaan tanggungjawab memainkan peranan dalam memnjadikan diri seorang individu itu sempurna.
Kesempurnaan Amalan
Mencari kekuatan dalam diri untuk mencapai kepuasan dalam kehidupan adalah satu titik tolak menuju kesempurnaaan diri. Melalui kesempurnaan amalan atau dikatakan sebagai ibadat ia mampu memberi kepuasan kepada diri. Dalam konteks amalan ini ia perlu amalan yang menyeluruh yang mencakupi semua situasi atau kehendak dan tuntuan kehidupan. Dengan kata lain ibadat ini tidak di sempurnakan dalam bentuk batiniah semata-mata, tetapi persolan zahiriah juga perlu di titik beratkan. Ini dapat kita penuhi apabila kita telah mempraktikkan keseimbangan (wasatiah) dalam kehidupan….

No comments:

Post a Comment