Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Friday, May 15, 2009

Mencari redhamu..Yaa Rabb

MENCARI REDHA MU
 Tuhan…
Andai aku bisa menjerit pasti aku kan menjerit..,
Merintih...,menangis sepuas diri..
Untuk aku menutur segala rasa hati..sedih,celaru,pilu,runsing..
Kecamuk diri membelenggu rasa dan jiwa..
Mahu apa kah Tuhan hidupku ini..
Hala tuju telah tercipta..
Tapi ada kala cerita duka dan suka silih berganti..
Berpuing di kehidupan ku..
Cabaran perasaan untuk aku memilih..
Jalan mana yang perlu ke tempuh..
Hala yang bercabang-cabang ini..
Manakah jalan yang BOLEH menjadi penentu ke syurga mu
Jalan  yg bakal menyuluh aku menuju redha mu..
Tuhan..Berilah Hidayah  mu..
Berilah Nur mu untuk aku yang dahaga di dalam Hujan..
Berilah Ihsan Mu...untuk  aku lebih memahami...erti..
Tuhan...
Ranjau yg ku lalui rasanya sudah cukup utk aku menghitung hari..
Cukup untuk aku merasa..betapa kerdilnya DIRI ini...
Tuhan..
Cukup aku mengenal diri..dengan mengenal erti hikmah ujian mu...
Tuhan..
Berilah aku udara keampunan Mu..
Untuk aku bernafas didalam keredhaan mu..
Menjadi hamba yg sujud dan syukur dengan segala Ketentuan Mu..
Ya..Rabbi...


11.Mei.2009

No comments:

Post a Comment