Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Sunday, January 6, 2013

Kisah Di Baling tahi



Kebiasannya kami adik beradik akan keluar  tanpa membuat sebarang bunyi kerana khuatir jiran sebelah akan menyedari kami berada di luar dan akan  cuba untuk melihat apa yang sedang kami lakukan. Kisah ini bermula apabila saya diminta untuk menyapu halaman yg penuh dengan daun-daun kering. Sedang saya leka menyapu tiba-tiba seorang wanita datang dengan membawa penyedok yang penuh dengan tanah datang di hadapan pagar rumah kami dan melemparkannya ke arah saya.
Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu.Marah,geram,sedih dan takut semuanya bercampur baur. Bukan sekali dia berbuat begitu tapi berkali-kali sehingga yakin bahawa semua tanah yang bercampur tanah dan tahi itu sudah dilemparkan semuanya kearah saya,tidak cukup dengan itu dia juga turut menyumpah seranah keluarga kami terutamanya ibu saya. Mengenangkan bahawa dia adalah orang yang lebih tua dari saya maka tidaklah saya membalas kata-katanya sebaliknya hanya berdiam diri dan berharap bahawa dia segera pergi . Sejurus selepas itu saya membersihkan semua tanah dan tahi yang telah dilemparkan. Walaubagaimanapun, selepas beberapa minit dia kembali dan memohon maaf kepada saya dan menyatakan dia berhak berbuat demikian sebagai balasan kerana kucing kami berak di halaman rumahnya walupun ia tidak benar sama sekali kerana pada hari sebelumnya kucing kami itu telah dibawa pergi dari rumah bagi mengelakkan daripada dia terus mengamuk.
Namun saya tidak mampu menahan Perasaan marah yang membuak-buak walaupun setelah dia memohon maaf. Kata-katanya cukup memeritkan dan sangat pedih sehingga menusuk ke hati. Ketika itu juga saya hairan bagaimana kedua ibu bapa saya mampu menahan segala tomahan yang telah dilemparkan selama beberapa tahun. Saya sentiasa berdoa semoga saya diberi kekuatan seperti kedua ibu bapa saya. Ini adalah pengalaan yang saya tidak akan sesekali lupa kerana di saat itu saya belajar  untuk bersabar dan belajar cara menghadapi meraka yang sedang dirasuk amarah.

dipetik dari catatan Anis Najwa

No comments:

Post a Comment