Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Monday, March 10, 2014

Kehilangan Pesawat MH370


Bismillah,

Berdoa moga Allah mendengar segala permintaan. Belajar dari segala tragedi dan ketahui bahawa Dia Maha Berkuasa.

Sunday, March 2, 2014

Tasawwuf Harian : Allah itu nyata


Bismillah,

Allah itu nyata kewujudannya. Orang yang dekat dengan Allah akan merasa muraqabatullah. Mereka merasa Allah menyaksikan segalanya. Seorang Sheikh sentiasa menyebut: 

1. Allahu bersama ku
2. Allah penyaksi ku
3. Allah melihat aku

Kesannya dia mudah menghafal. Ada satu ketika di ke pasar dan melihat ada orang mengamuk meletakkan pisau pada seorang anak perempuan. Apa yang berlaku Sheikh ini pergi ke tempat tersebut dengan bertongkat. Walau di halang dia tetap pergi. Dia bertentang mata orang tersebut. Lalu rebah orang itu. Bila ditanya kenapa dia jatuh pengsan? Jawab lelaki itu dia seperti mendengar ; Allahu Nazhirun (Allah Maha Melihat).

Allah berhak memberi segala permintaan kepada hambaNya dengan syarat dia sandarkan segalanya pada Allah. Doa yang dipanjatkan kepada Allah akan diperkenankan. Doa ada 4 mengikut Ulama:

  1. Berdoa dan terus dapat
  2. Doa tertangguh: Lama berdoa baru dapat
  3. Doa yang tidak dimakbul tapi Allah selisihkan bala.
  4. Doa yang tidak bagi di dunia tapi ditunda di akhirat

Justeru apabila kita taat kepada Allah, doa sudah jadi menzahirkan ubudiyyah. Sekadar menzahirkan kehambaan kita kepada Allah. Allah tidak berhajat kepada makhluk sedang makhluk yang berhajat kepada Allah. Bila berhajat dan maqbul kita gembira, dan bila kita berdoa dan kita tidak memperoleh maka tetap kita gembira. Biar doa dan permohonan tidak dapat kerana apabila kita dapat itu adalah habuan kita, namun bila kita tidak mendapat itu adalah kehendak Allah.

Kefahaman ini menggambarkan kepada kita bahawa kita perlu kembali kepada Allah. Apabila berdoa pelru merasakan kehambaan yang tulus ikhlas kepada Allah. Anas R.A berkata: Nabi sedang berkhutbah lalu datang seorang lelaki dan bangun bercakap. Ya Rasullah habis sudah harta benda, kering kontang. Lalu Rasulullah berdoa. Kata Anas dia melihat awan putih sewaktu nabi belum berdoa. Namun bila Rasulullah berdoa awan hitam datang walhal tangan belum di letak. Bila turun hujan kami solat dalam hujan, solat dalam hujan hinnga kami pulang ke rumah. Hujan yang berpanjangan berlangsug hingga Jumaat yang sama. Lalu orang yang meminta itu menyatakan agar dihentikan. Lalu nabi berdoa agar hujan itu diselerakkan kepada orang lain. Maka ketika itu Anas berkata awab itu berselerak dan hujan berhenti serta merta. 


Doa adalah satu bentuk ikhtiar yang dalam ruang lingkup ajaran Islam, Apabila kamu berazam maka bertawakallah kepada Allah. Semua natijah adalah dari Allah. 

Saturday, March 1, 2014

Mengenal Allah


Bismillah,

Sifat yang baik adalah orang yang mengenal Tuhan. Ilmu adalah penyuluh kepada konsep mengenal Tuhan. Ilmu memberi kefahaman yang jelas dalam memahami ilmu Allah untuk mencapai MARIKFAH ALLAH dan MARDHATILLAH.
Menurut Ibnu Ataillah, 
Siapa yang mengetahui hak Allah melalui nama dan sifat Allah maka segala makhluk yang kita lihat bahawa Allah itu wujud. Adanya Allah adalah tanda kewujudan makhluknya. Dengan melihat kepada kejadian Allah maka ia memberi keyakinan kepada Allah itu ada. Dia yang menjadikan alam ini seluruhnya.

Dengan melihat fenomena ia menginsafkan kita betapa Allah itu wujud dan maha berkuasa. Gerakan aqal ini membawa kepada kesedaran betapa Allah Maha Kuasa. Sesiapa yang banyak berzikir dan beribadat serta memahami dengan ilmu maka dia tidak merasakan kepentingan kepada perkara lain. Dunia tidak lagi berharga dimata mereka. Apabila menghayati kekuasaan dan keesaan Allah maka tiada lain yang kita ingat dalam dada. Hidup tiada lain tujuan melainkan hanya mencari kecintaan Allah. Merasa diri lemah dna kerdil disisi Allah.

Orang yang kenal Allah apa sahaja berlaku baik yang baik atau buruk maka tiada lain di sudut hati melainkan semuanya dari Allah. KECINTAAN kepada Allah membawa insan lupa kepada dunia yag lagha. Kenikmatan itu dirasakan hanya sementara sahaja. Manisnya iman bagi orang yang cinta kepada Allah dan rasulnya. 

Kemanisan iman ini dirasai dalam tiga perkara: Allah dan Rasul dikasihi melebihi segalanya, kasih pada seseorang semata kerana Allah, benci kepada kekufuran dan takut kepada Api neraka.