Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Wednesday, February 24, 2016

Rahsia Makbul Doa

RENUNGAN SEKETIKA
~ Maqbul Do'a
Bagaimana mungkin maqbul do'a seseorang, perkara yang haram terpisah tiada.
.
وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ ﴿١٩٥﴾
Janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan ;
dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha ) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya ALlah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
[al-Baqarah :195]

عن أبي هريرة رضي الله عنه – قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم " إن الله تعالى طيب لا يقبل إلا طيبا ،وان الله أمر المؤمنين بما
 أمر به المرسلين ..فقال تعالى " يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا... " المؤمنون /٥١... وقال الله تعالى يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُم ..." البقرة/١٧٢ ... ثم ذكر رجل يطيل السفر أشعث اغبر يمد يده إلى السماء يا رب يا رب ، ومطعمه حرام ومشربه حرام وملبسة حرام وغذي بالحرام فإنى يستجاب له.
رواه مسلم

Dari Abu Hurairah r.a dia berkata : RasuluLlah bersabda : “Sesungguhnya ALlah ta’ala itu baik, tidak menerima kecuali yang baik. Dan sesungguhnya ALlah memerintahkan orang beriman sebagaimana dia memerintahkan para Rasul-Nya dengan firmannya :
Wahai Para Rasul makanlah yang baik-baik dan beramal soleh. Dan Dia berfirman : Wahai orang-orang yang beriman makanlah yang baik-baik dari apa yang Kami rezqikan kepada kamu. Kemudian beliau menyebutkan ada seseorang melakukan perjalanan jauh dalam keadaan kusut dan berdebu. Dia memanjatkan kedua tangannya ke langit seraya berkata :
'Ya Robb, Ya Robb, padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan segala kehendaknya dipenuhi dari sesuatu yang haram, maka (jika begitu keadaannya) bagaimana mungkin do'anya dikabulkan”.
(Riwayat Muslim).
[Muslim no. 1015]

Pengajaran :
1. Dalam hadits diatas terdapat pelajaran akan sucinya ALlah ta’ala dari segala kekurangan dan cela.
2. ALlah ta’ala tidak menerima kecuali sesuatu yang baik. Maka siapa yang bersadaqah dengan barang haram tidak akan diterima.
3. Sesuatu yang disebut baik adalah apa yang dinilai baik disisi ALlah ta’ala.
4. Berlarut-larut dalam perbuatan haram akan menghalangi seseorang dari terkabulnya doa.
5. Orang yang maksiat tidak termasuk mereka yang dikabulkan doanya kecuali mereka yang ALlah kehendaki.
6. Makan barang haram akan merosakan amal dan menjadi penghalang diterimanya amal perbuatan.
7. Murah hati untuk berinfaq dari barang yang halal dan larangan untuk berinfaq dari sesuatu yang haram.
8. Seorang hamba akan diberi ganjaran jika memakan sesuatu yang baik dengan maksud agar dirinya diberi kekuatan untuk ta’at kepada ALlah.
9. Do'a orang musafir yang hatinya sangat mengharap akan maqbul.


Kredit Prof Saidfudin Mas'udi

Sunday, February 21, 2016

Cara Melembutkan Hati


Bismillah,  

Cara Melembutkan Hati

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَجُلًا شَكَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَسْوَةَ قَلْبِهِ فَقَالَ لَهُ إِنْ أَرَدْتَ تَلْيِينَ قَلْبِكَ فَأَطْعِمْ الْمِسْكِينَ وَامْسَحْ رَأْسَ الْيَتِيمِ

Dari Abu Hurairah, dia berkata; bahwa seorang laki-laki mengadu kepada Rasulullah SAW akan kerasnya hatinya, maka bagindapun bersabda: "Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut maka berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim."
(HR Ahmad No: 7260)

Pengajaran:

Antara cara untuk melembutkan hati yang keras ialah:

1. Memberi makan kepada orang miskin (menyuburkan ukhuwah dan kasih sayang pada mereka)

2. Mengusap kepala anak yatim dengan penuh kasih sayang (serta berusaha mengurus keperluan si anak)

Moga Allah melembutkan hati kita.

Pengurusan Stres

Bismillah,

Tajuk kaunselnig kelompok yang dikendalikan semalam adalah Pengurusan Stres. Rata-rata ahli teruja dengan topik berkenaan. Bahkan semua ahli sentiasa berdepan dengan pelbagai faktor yang membawa kepada tekanan.

Punca tekanan tidak hanya disebabkan oleh persekitaran kerja di pejabat, masalah rumahtangga, hubungan dengan rakan bahkan tekanan juga berpunca dari emosi yang tidak stabil.

Ramai yang menganggap isu stres sebagai perkara remeh, namun hakikatnya stres yang kerap berlaku tanpa kawalan akan mengakibatkan risiko penyakit kronik seperti darah tinggi.

Bagi mengawal tekanan ada banyak cara yang boleh dilakukan. Hakikatnya masalah sentiasa ada. Cabaran akan sentiasa hadir. Ia hanya bagaimana kita menangan semua itu agar tidak terjadi tekanan yang membawa kepada keadaan yang lebih kronik.

Bagi mengawal tekanan kita perlu banyak meletakkan kesabaran dalam diri di samping perlu banyak mencari solusi kepada masalah dengan cara yang berhemah. Tekanan boleh dikurangkan dengan berkongsi masalah yang berkait teknikal bagi memastikan masalah dapat diselesaikan.

Jika tekanan yang berkait masalah yang sukar dan lambat diselesaikan, cara terbaik mengurangkan tekanan adalah secara spiritual. Mendekatkan diri kepada Allah dengan cara berzikir, solat adalah cara terbaik merawat tekanan. Bahkan ia mampu menjadikan individu tenang dalam berdepan segala masalah.

Pengurusan stres yang berkesan membantu individu untuk melihat masalah dan bertindak dengan cara yang lebih baik.

Wallhuaalam.

Tuesday, February 9, 2016

Kelebihan Tasbeh, Tahmid & Takbir

Kelebihan Tasbeh, Tahmid & Takbir

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ الْفُقَرَاءُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ مِنْ الْأَمْوَالِ بِالدَّرَجَاتِ الْعُلَا وَالنَّعِيمِ الْمُقِيمِ يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّي وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ وَلَهُمْ فَضْلٌ مِنْ أَمْوَالٍ يَحُجُّونَ بِهَا وَيَعْتَمِرُونَ وَيُجَاهِدُونَ وَيَتَصَدَّقُونَ قَالَ أَلَا أُحَدِّثُكُمْ إِنْ أَخَذْتُمْ أَدْرَكْتُمْ مَنْ سَبَقَكُمْ وَلَمْ يُدْرِكْكُمْ أَحَدٌ بَعْدَكُمْ وَكُنْتُمْ خَيْرَ مَنْ أَنْتُمْ بَيْنَ ظَهْرَانَيْهِ إِلَّا مَنْ عَمِلَ مِثْلَهُ تُسَبِّحُونَ وَتَحْمَدُونَ وَتُكَبِّرُونَ خَلْفَ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ

Dari Abu Hurairah berkata, "Pernah datang sahabat yang miskin kepada Nabi s.a.w seraya berkata, "Orang-orang kaya, dengan harta benda mereka itu, mereka mendapatkan kedudukan yang tinggi, juga kenikmatan yang abadi. Mereka melaksanakan soLat seperti juga kami melaksanakan soLat. Mereka puasa sebagaimana kami juga puasa. Namun mereka memiliki kelebihan disebabkan harta mereka, sehingga mereka dapat menunaikan ibadah haji dengan harta tersebut, dapat melaksanakan umrah bahkan dapat berjihad dan bersadaqah."
Maka RasuluLlah s.a.w pun bersabda: "Mahukah aku sampaikan kepada kamu sesuatu yang apabila kamu ambil (sebagai 'amal ibadah) kamu akan dapat mengatasi (darjat) orang-orang yang sudah mengalahkan kamu, dan tidak akan ada yang dapat mengalahkan kamu dengan 'amal ini sehingga kamu menjadi yang terbaik di antara kamu semua dan di tengah-tengah mereka kecuali bila ada orang yang mengerjakan seperti yang kamu amalkan ini. Iaitu kamu membaca tasbih (SubhanaLlah), membaca tahmid (Alhamdulillah) dan membaca takbir (ALlahu Akbar) setiap selesai solat sebanyak tiga puluh tiga kali." 
(Rowahu Bukhari No: 798)

PENGAJARAN:
1. Setiap orang sama ada miskin mahupun kaya berpeluang melakukan amal saleh

2. Muslim yang berharta, di samping melaksanakan ibadat solat dan puasa, dia berkemampuan menunaikan ibadat haji dan umrah, serta berjihad dan bersedekah

3. Muslim yang tidak berharta juga berpeluang memperolehi ganjaran seperti orang kaya malah mungkin lebih baik. SoLat sunat fajar pahalanya seisi total kekayaan dunia.

4. Antara amalan yang dianjurkan oleh RasuluLlah s.a.w yang boleh menjana ganjaran pahala melebihi sumbangan sedekah orang kaya ialah tasbih, tahmid dan takbir sebanyak 33 kali selepas solat fardhu.

5. Kita boleh mencemburui amal orang yg berharta yg menggunakan hartanya untuk infak dan sedekah; maka jadilah kita seperti mereka.


Kredit : Prof Saifudin Mashudi