Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Tuesday, November 28, 2017

Motivasi

  • Jika kita tidak boleh jadi yang paling disukai, jadilah yang paling MEMAHAMI

  • Jika kita tidak boleh jadi yang paling disukai, jadilah yang paling MEMAHAMI🌹

Doa bebas hutang

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَاللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Tuesday, November 14, 2017

Tazkirah

كن في الدنيا كأنك غريب ، أو عابر سبيل

Jadilah kamu ibarat seorang musafir di dunia ini


Kita hidup ibarat musafir lalu, usah bertangguh berbuat kebaikan. Hargai masa yang ada untuk dimanfaatkan sebaik mungkin. 

Kematian tidak pasti bila, bila meletak diri sebagai musafir kita tidak perlu membawa beban yang banyak. Cukup untuk bekalan, memadai apa yang ada.

Malangnya bagi segelintir kita, hidup tidak menghirau dosa, seolah dunia dia yang punya. 
Kembalilah padaNya. Bertaubat meminta keampunan agar kita di tempatkan di syurga.



Thursday, November 9, 2017

Sahabat adalah cermin diri

Jumuaah Mubarakah

Kehidupan insan yang mahukan bahagia dan ketenangan tidak boleh lari dari mengikut landasan agama.

Mencari ilmu adalah salah satu prasyarat kehidupan beragama, mendekati orang yang berilmu adalah satu cara menambah ilmu bagi diri kita.

Siapa yang ada disekeliling kita juga bakal mencorakkan diri kita. Keluarga dan sahabat handai yang menerapkan kecintaan terhadap ilmu akan membentuk biah atau suasana keilmuan dalam kehidupan.

Maka pilihan adalah ditangan kita. Keluarga bagaimana yang kita mahu adalah bermula dengan siapa pasangan kita, didikan anak-anak yang bagaimana mahu diterapkan.

Sama dengan rakan taulan, siapa yang kita pilih untuk kita bergaul dan bertukar idea dan fikiran. Pastinya asas utama adalah agama. Sahabat yang cintakan agama akan secara tidak langsung berkongsi ilmu yang ada. 

Pepatah Arab menyebut " sahabat adalah cermin diri kita". Apa yang kita fahami di sini, siapa sekeliling kita akan memberikan imej diri kita.

Oleh itu pilihlah individu yang bakal menjadi orang yang boleh menegur kita saat kita silap langkah,  memastikan  diri yang terbaik, 
"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."

(Imam Nawawi)

Iman Terikat Dengan Amal

Iman Terikat Dengan Amal 

Dalil Surah 97 An Nahl
Ikhlas dan bertepatan dengan Sunnah

Firman Allah Surah At Tin 
Siapa yang beramal soleh dalam keadaan beriman, maka Allah akan berikan kehidupan yang baik. Kuncinya amal saleh dan beriman.

Allah berjanji akan berikan kehidupan yg baik di dunia sepwrti tenang, tidak resah, duka.
Keinginan kepada dunia atau kaya raya tidak memesongkan mereka dari agama. 
Sekiranya susah mereka reda dengan rezeki yang halal.

Amal yang baik merangkumi keselesan yang pelbagai. 
Hayatan Tayybah ada hadis yang dijelaskan telah beruntung orang yang beriman kerana diberi rezeki yang cukup.
Cukup dengan qanaah bermakna tidak tamak. Cukup dengan apa yang ada bermakna menjaga hak Allah

Orang yang mencari harta demi untuk berjuang dan bersedekah untuk agama.
Harta yang ada jalan kebaikan.
Allha tidak menzalimi orang beriman dengan kesenangan di dunia.

Hidup yang berkat.
“ Allah cukupkan pada harta, berkati, gantikan aegala yang hilang dengan cara yang baik” - doa Rasulullah
ا 


Puisi Ketuhanan

Bicara ketuhanan

Pernah engkau terfikir 
tentang matimu
Pernah engkau rasa 
betapa kita ini manusia pendosa
atau 
engkau masih leka berbuat maksiat

Apa engkau pernah bertanya
tentang isi neraka
siapa yang bakal di sana
atau engkau sebenarnya 
sangat mendambakan syurga

Lalu bagaimana bekalan kita
atau engkau masih sibuk dengan dunia
mengejar harta 
membilang wang ringgit 
mencari pangkat 

Pernah engkau terfikir 
saat muda dan lapang mu
atau engkau sedang masih leka
atau engkau masih teraba raba
mencari mana dia biadari 
bertemu di syurga atau 

terpisah di pintu neraka.

Tinta
Ummu Iman Ihsan
9.Nov. 2017

Mencapai ketenangan jiwa

APABILA TURUNNYA SAKINAH (KETENANGAN JIWA)
Apabila sakinah itu Allah berikan dalam kehidupan seseorang, segala rintangan amat kecil kerana dia sedang bersandar kepada yang Maha Agung dan Maha Besar. Kata al-Imam Ibn al-Qayyim: “Sakinah itu ketenteraman dan ketenangan hati nurani. Asalnya dalam hati nurani dan zahir kesannya pada anggota” ( Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Tibb al-Qulub 237. Damsyik: Dar al-Qalam).

Demikian sakinah itu hadir dalam jiwa Nabi Ibrahim a.s. ketika dia dilontarkan ke dalam api, hadir dalam jiwa Nabi Musa a.s. ketika dia dikepung oleh Firaun. Demikian kepada sekelian para nabi, terutama nabi kita Muhammad s.a.w.
Firman Allah: (maksudnya): “Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (Abu Bakar) semasa mereka berlindung dalam sebuah gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan sakinah ke atasnya (Nabi s.a.w) dan menguatkannya dengan bantuan tentera yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (hina), dan kalimah Allah (Islam) itulah yang tertinggi kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” (Surah al-Taubah, 40).

Demikian sakinah diturunkan ke dalam hati nurani mereka yang beriman dalam kalangan sahabah Nabi s.a.w yang berjuang pada jalan Allah dan menghadapi cabaran.
Firman Allah: (maksudnya) “Dialah Yang menurunkan sakinah ke dalam hati nurani orang-orang yang beriman (semasa mereka marah terhadap angkara musuh) supaya bertambah iman beserta iman mereka yang sedia ada; dan Allah mempunyai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (Surah al-Fath, 4).

Apabila sakinah itu turun ke dalam jiwa mukmin, tindakan dan bicara mereka melambangkan tindakan dan bicara insan yang berprinsip dan matang. Berbeza dengan musuh atau pihak yang tiada sakinah dalam bicara dan tindakan mereka.
Allah menyebut hal ini: (maksudnya) “Ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam jantung hati mereka -perasaan sombong angkuh secara jahiliyah-, lalu Allah menurunkan sakinah kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, serta meminta mereka tetap berpegang kepada "kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan kalimah itu serta menjadi ahlinya. dan (ingatlah), Allah itu Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (Surah al-Fath, 26).

Itulah sakinah yang telah Allah turunkan kepada para nabi a.s. dan kepada golongan mukminan yang berjuang mendapatkan redha Allah.

Maka, dalam menelusuri hidup yang mencabar, di zaman yang penuh fitnah ini, tiada yang dapat mententeramkan jiwa kecuali bila Allah menurunkan kebahagiaan dari sisiNya kepada kita. Kata Ibn al-Qayyim dalam Tibb al-Qulub sebab yang membawa seorang kepada sakinah ialah perasaan perdampingan (muraqabah) dengan Allah seakan dia melihat Allah. Apabila perasaan itu bertambah, maka bertambahlah rasa cinta, tunduk, kusyuk, takut dan harap kepadaNya.

Kita mungkin tidak dapat menyelak cabaran dan ujian dalam hidup. Manusia yang zalim dan jahat mungkin cuba merampas pelbagai hak kita dalam kehidupan, namun mereka tidak akan dapat merampas kebahagian dalam jiwa kita kerana sakinah adalah kurniaan Allah yang diturunkan dalam jiwa mukmin. Kita mungkin tidak dapat bersaingan dengan orang lain di sudut kekayaan dunia dan kenikmatannya, tetapi kita sentiasa berpeluang mendapat sakinah jika kita memohon dan mencarinya di sisi Allah.

Dipetik dari perkongsian media sosial

Mengurus masa


Rezeki bukan semata wang ringgit atau harta benda. 

MASA juga rezeki

Setiap kita diberikan 24 jam. Bagaimana kita mengagihkan, bagaimana menggunakan masa dengan cara terbaik.

Niat tidak menghalalkan cara

Niat tidak menghalalkan cara

Hebat bagaimana pun niat dan ilmu bisnes yang kita ada tapi jika cara salah, kita tidak akan ke mana-mana.

Bahkan kita akan sentiasa penat dan berkejar ke sana ke mari tanpa ada hasil.

Jika banyak kali gagal walhal idea kita dah super hebat. Sampai masa kita perlu muhasabah, mungkin kita berbisnes secara kita tidak sedar menganiya orang lain.

Bisnes juga berkait dengan kepercayaan, ada juga kasihan belas. Tapi bila tiada lagi kepercayaan maka tiada lagi respek. Masa itu tiada lagi belas kasihan.


Saya ingat kata seorang murabbi yang diulang-ulang tiap kali memberi ilmu; " Biar orang buat kita, jangan kita buat orang".

Silaturrahim

Umur semakin singkat,
mati juga semakin dekat,
sepanjang perjalanan kali ini,
sekadar mahu menyambung kembali,
ukhuwah yang terjalin sebelum ini,
tiada syarat atau kepentingan peribadi,
mahu bertemu untuk kesekian kali,
kerana entah bila bertemu lagi,
moga berkumpul di syurga abadi.
Amin.
انا احبكم في الله