Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Saturday, December 22, 2012

Bila Sifat Marah Merajai Diri

Sikap marah ada dalam diri insan yang tidak mampu menahan sabar. Orang yang pemarah dan tidak boleh bersabar dilijhat sebagai bukan seorang yang berani atau kuat. Ini kerana seseroang yang mudah naik marah dengan hal-hal yang remeh dilihat sebagai seorang yang tidak boleh mengendali diri sendiri. Apabila tidak mampu mengendali emosi maka bagaimana mahu mengendali hal-hal yang lain. Sikap marah ini ada juga yang diwarisi, dari datuk moayang hingga turun kepada cucu cicit. Betulkah begitu? Pada hemat saya, sikap marah ini bukan melalui darah daging, tetapi ia terjadi dari satu generasi kepada satu generasi kerana peniruan. Indiviu sebegini belajar dari pemerhatian. Conothnya seorang kanak-kanak memerhati orang dewasa yang significan dengannya memarahi dan mudah panas baran, maka dia secara tidak langsung telah memasukkkan episod tersebut dalam mindanya. Ia secara tidak sengaja menjadi sebati bila berulangkali video tersebut dilihat didepan matanya. Umpama bapa yang bersikap pemarah sering menunjukkan sikap tersebut kepada anak-anak maka secara tidak langsung mereka juga membesar menjadi pemarah dan pembengis seperti bapa mereka. 
Persoalannya bolehkan seseorang mengubah individu yang ada bersama atau yang hampir dengan mereka itu  dari bersikap maraj kepada sikap sabar. Jawapan saya memang BOLEH. Iaitu dengan bersabar dan semtiasa berdoa agar orang yang bersikap sebegini diberi hidayah, disuntik iman agar mereka sabar. Mungkin orang sekeliling tidak tahan dengan orang yang pemarah kerana dari sekecil-kecil hal, hingga sebesar-besar perkara si pemarah akan mensasarkan kemarahan kepada orang sekeliling mereka. Apa yang perlu saat seseorang itu sedan marah maka berusaha unutk tidak bersuara, berusaha untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan membantah atau membuat provokasi. Adakala kita perlu memahami bahawa orang yang pemarah sebenarnya emosi dan minda mereka berada dalam keadaan tidak stabil. Apabila ini berlaku mereka tidak sedar bahawa mereka bersikap dengan sikap yang tidak sewajarnya. 
Kita perhatikan, sesorang yang hebat seperti pemimpin contohnya, jika mereka tegas mereka akan dihormati, tetapi jika mereka ini pembengis maka ramai yang akan mejauhi. Tegas dan bengis adalah dua  sikap yang berbeza. Untuk menjauhi sikap ini maka perbanyakkan zikirullah. Cari kedamaian dan ketenangan hati dengan memperbanyakkan solat (terutama mengamalkan solat jemaah)  dan berpuasa sunat bagi menundukan nafsu Ammarah tersebut. Selain itu sentiasalah mejaga diri agar sentiasa dalam wuduhuk agar kita dijauhi oleh syaitan yang suka menghasut hambaNya.
Wallahuaalm

No comments:

Post a Comment