Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Saturday, December 15, 2012

Bila cermin Diri Memantulkan Wajah Hakiki, Bila Agenda Sebenar Tersingkap


Seringkali kita berdepan dengan satu-satu perkara yang berkait dengan perkara yang mengaibkan atau yang bersifat "biarlah rahsia".. eloklah kita berhati-hati bila mahu berkongsi. Bukan semua cerita perlu dijaja kepada semua hingga tersingkap aib diri. Jika sarat kita membawa slogan kebaikan dan misi yang dilihat begitu sempurna namun bila cermin diri sebenar terpantul maka tersingkaplah agenda sebenar. 

Maka berpadalah dalam mengata orang yang tidak kita suka, perpada juga dalam menyanyangi orang yang kita suka ditakuti bila semuanya tiada ia berubah menjadi sebaliknya. Semua perkara berkait dengan soal hati. Apa yang tersembunyi hanya Dia yang mengetahui, tapi berhati-hatilah kerana apa yang ada di sanubari akan mumcul jua satu hari nanti keikhlasan sebenar. Oleh itu jagalah diri. mohonlah agar Allah menjaga kita dari perkara yang boleh merosakkan hati. Jika akhlak mulia boleh diterapkan maka yang TULUS DAN TELUS akan terhasil. 

Hidup ini tidak perlu menjadi orang lain. Terimalah kelebihan dan kekurangan seadanya. Jangan peduli dengan kerenah dan kehendak manusia yang tidak pernah kesudahan. Jika hebat diuji sekalipun percaya pada hikmah. Maka ada ketikanya kita tidak perlu mencanang kepada dunia untuk simpati. Tidak perlu memukul gendah mahu dilihat hebat. Tidak perlu membohongi diri sendri agar dilihat sempurna. jangan jadikan diri ibarat sembunyi kepala ekor tertonggeng. Adakala perlu berahsia, adakala perlu bersederhana dan seadanya. Kita hanya insan biasa yang menunggu dipanggil pulang olehnya... 

Buat yang mahu memahami hakikat diri dan kehidupan...
Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment