Lama saya tidak menjengah di sini, ia bukan semata kerana kesibukan tetapi adakala Allah mengambil kesihatan kita hingga kita tidak berupaya walau hati begitu mahu mencoret banyak perkara. Sebagai mengambil ingatan buat diri sendiri dan juga para pembaca maka nasihat saya, jagalah kesihatan diri, berhati-hati dalam banyak perkara, kerana apabila Allah mengambilnya kita tidak akan mendapatkannya kembali. Contoh seperti organ kita, Allah memberi pada setiap individu, maka jika sudah sakit pasti ia tidak akan sama walau ditukar dengan organ yang lain.
Sungguh masa sihat kita adakala lupa banyak perkara, maka sakitlah yang akan mengingatkan kita. Persoalannya adakah kita mahu menunggu sakit unutk kita berbuat perkara yang baik. Sudah pasti tidak jawapannya. saat kita sihat dan saat kita sakit sekalipun sekiranya berupaya kita mahu berpesan dengan kebaikan. Berbalik kepada menjaga kesihatan diri, bagi yang masih belum terkena penyakit kronik maka jagalah pemakanan, elakkan dari mengambil perkara atau makanan yang tidak elok. Bagi yang sudah sakit maka tidak mengapa kerana sakit itu signal untuk kita bahawa kita bukan menjadi penunggu selamanya di dunai ini. satu masa kembara kita akan tamat. Mungkin Allah boleh mengambil nyawa kita dengan pelbagai cara, namun doalah agar kita pergi dari dunia ini dengan cara yang terbaik.
Alamgkah dari kecil saya bercita-cita untuk meninggal sebagaimana pesana guru tersebut. Disebuah surau usang itu saya yang berusia enam tahun waktu itu masih teringat kata-kata itu.. "Doalah agar kita meninggal pada hari Jumaat, sewaktu sujud, dan di tanah Suci Mekah'.. Sejak itu hati tertanam perasaan itu..mahu mati di Mekah..maka setiap kali ke sana doa itu sentiasa dipanjatkan agar akan berkali-kali mahu ke sana lagi.. Bila usia menjengah 8 tahun.. ayah tercinta meninggal pada hari jumaat sewaktu mahu mengangkat takbir solat subuh, maka hati ini makin meronta-ronta.. doa ini tidak pernah putus agar diri ini dapat pergi dengan cara yang mulia... Layakkah ya Allah orang seperti ku ini?
Allahua yashfi....Bila saya jatuh sakit.. saya katakan kepada suami.. agaknya saya seperti sudah hampir dipanggil Dia.. tapi banyak perkara yang belum selesai.. sakit yang tidak kritikal..saya masih boleh bernafas.. cuma banyak perkara terbatas.. ia banyak mengingatkan saya untuk mengejar pantas apa yang mahu saya usahakan sebelum saya menutup mata selamanya... ya Allah golongkan kami dalam golongan orang-orang yang soleh.. Terimalah semua amal ibadat kami..Ampunkan dosa kami.. Ameen