Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Showing posts with label teknik berfikir aras tinggi.. Show all posts
Showing posts with label teknik berfikir aras tinggi.. Show all posts

Sunday, May 8, 2016

Membudayakan Berfikir

Membudayakan Berfikir
=======++++======
Budaya Berfikir, berapa ramai dikalangan kita yang mempraktikkannya?
Hakikatnya tidak ramai yang mahu berfikir. Manusia cenderung melakukan sesuatu yang mudah kerana itu berfikir dilihat susah.
Maka tidak pelik jika di pawagam cerita hantu, komedi atau cinta lebih digemari berbanding cerita masyarakat yang sarat dengan mesej.
Memetik kata-kata Henry Ford dalam buku Maximum Influence;
" Thinking is the hardest work there is, which probably the reason why so few engage in it"
Ayat-ayat al Al Quran juga banyak mengingatkan kita semua, contoh ;
akhir ayat 219, 266, surah al Baqarah '.....supaya kamu berfikir' 
surah Al Imran ayat 7 '... melainkan orang-orang yang berfikir'
surah Al An'aam: 32 dan 50 '...tidakkah kamu mahu berfikir'
surah Yunus ayat 24 '... bagi kaum yang mahu berfikir'
Gesaan untuk berfikir ini teramat banyak. Soalnya kenapa penting sangat aktiviti berfikir? 
Hakikatnya ramai dikalangan kita menidakkan potensi akal yang Allah anugerahkan bagi berfikir. 
Berfikir mampu membantu kita menyelesaikan masalah.
Berfikir membantu kita memperoleh idea baru.
Membudayakan berfikir membantu kita untuk bersaing di peringkat global. Individu yang menpraktikkan budaya berfikir akan dapat:
1) kemahiran memimpin
2) menambah pengetahuan
3) kemahiran dwibahasa
4) menjaga akhlak
5) meningkatkan kerohanian
6) mendamaikan emosi
Kesimpulannya, 'Berfikir'...
memberi peluang untuk kita muhasabah.
Merehatkan kita dari lelah kesibukan dunia.
Mendekatkan diri pada Khaliq yang Maha Kuasa.
Mencelikkan hati dan jiwa agar mensyukuri nikmat Ilahi.
Wallahuaalam
Dr Sakinah Salleh
29 Rejab 1437H

Thursday, September 3, 2015

Teknik Berfikir Aras Tinggi



Apakah itu kemahiran berfikir?

Kemahiran berfikir bermaksud apabila kita berfikir ia dapat menghasilkan sesuatu hasil atau keputusan Ramai yang mengaku sedang berfikir namun ia tidak membuahkan apa-apa hasil hingga berfikir menjadi satu bebanan kerana fikiran berfikir tanpa henti.

Hasil dari berfikir kita akan dapat menjelaskan sesuatu penerangan, dapat menghasilkan sesuatu design, , keputusan, pelan tindakan atau juga sebab-sebab yang terbukti. Selain itu idea juga adalah hasil dari berfikir. Idea ini boleh terhasil secara konkrit atau pun juga secara abstract.

Cara berfikir individu sering didominasi oleh persepsi mereka. Persepsi terhasil dari maklumat yang sedia ada dalam pemikiran kita. Individu juga ada kecenderungan untuk cuba mengubah idea atau membuat idea baru maka akan terhasillah pemikiran logik.

Adakala juga individu memilih untuk berfikir secara kritikal. Berfikir secara kritikal berlaku hanya pada salah atau betul sesuatu perkara pada hemat mereka. Ia tidak menghasilkan sesuatu yang baru tetapi lebih kepada melihat kepada kekurangan, kesilapan, ketidaksenambungan atau juga sesuatu yang bertentangan. Berfikir secara analatikal pula lebih menitik beratkan analisa pada sesuatu perkara. Ini memerlukan pada perincian.

Konteks berfikir aras tinggi ini biasanya memerlukan individu lari dari kebiasaan, ia melibatkan pemikiran yang meluas dan mendalam. Jika selama ini cenderung melihat sesuatu dengan cara sedia maka kita perlu berfikir di luar kotak. Mungkin ia dianggap pelik namun realtinya ia sesuatu yang bagus bagi yang percaya dan yakin.


Sunday, March 17, 2013

Panduan Teknik Belajar Secara Berkesan


KAEDAH-KAEDAH BELAJAR


Apa yang jarang diketahui oleh sesetengah pelajar adalah bagaimana kejayaan menyusuli setiap usaha dan ketekunan mereka.

Ada juga yang tidak mengetahui bagaimana harus memulakan usaha supaya apa yang dilakukan itu akan memberi hasil yang baik dan memuaskan. Ya ! setiap orang harus memikirkan soal ini.

Walaupun cara mentelaah pelajaran yang baik tidak sama pada setiap orang dan mengikut jenis pelajaran tetapi ada prinsip-prinsip umum yang dapat diamalkan.

Sebenarnya kejayaan di dalam pelajaran tidak sahaja bergantung kepada kebolehan dan kekuatan berusaha. Tetapi ia juga bersandar pada cara atau teknik belajar. Tidak dinafikan bahawa sesetengah pelajar itu dapat melakukan sesuatu dengan mudah dalam masa-masa yang tertentu dengan kebolehan dan kemampuan dirinya. Tetapi bukanlah faktor yang utama yang menafikan faktor yang lain.