Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Friday, March 29, 2013

Pengalaman Pertama Menaiki Keretapi KTM

Setiap kali cuti sekolah maka sudah pasti anak-anak akan meminta dibawa berjalan-jalan. Memandangkan lama tidak pulang ke kampung halaman saya, maka suami lebih awal menempah tiket menaiki keretapi. Oleh kerana beliau, anak-anak dan saya sendiri tidak ada pengalaman menaiki keretapi maka untuk percutian kali ini keretapi menjadi pilihan. Sebulan lebih menepah tiket, akhirnya tiba waktunya.. namun malangnya suami tidak boleh bercuti kerana cuti semester beliau tidak sama dengan cuti sekolah. Maka saya dengan anak-anak sahaja yang boleh balik ke kampung. 

Berkali-kali tiket yang diprint di belek-belek.. kata suami tiket kami pukul 10.00mlm. Anak-anak dari awal sudah bersiap. Iman sangat teruja untuk menaiki keretapi. Pengalaman pertama ini memang amat mendebarkan. Apa tidaknya kerana tidak ada pengalman berjalan jauh menaiki keretapi. Kata suami lepas maghrib kami bertolak ke KL Sentral. Waktu dalam perjalanan, saya melihat tiket tersebut sekali lagi. Tiba-tiba mata terpaku melihat masa yang tertera. Lalu saya kata" Eh bang ini bukan pukul 8.30 ke?" Saya menunjukkan masa 19.30 pada suami. Apalagi suami sendiri terkejut kerana dia sendiri tidak melihat tiket tersebut setelah menempahnya secara online. (PENGAJARAN: Semak tiket bila membeli, tulis peringatan).

Konon-konon kami dah awal keluar dan mahu singgah makan malam di mana-mana. lalu kami berhenti maka disebuah restoran, lepas tu anak-anak saling gelak. suami juga seperti tak percaya dia silap melihat masa waktu membeli tiket sebelum ini. saya sendiri berkali-kali melihat tiket tersebut tapi tidak perasan pada masa yang tertera pada tiket. Dalam masa menunggu makanan yang dipesan sampai, rupanya ada yang bersedih, siapa lagi jika bukan Iman. Dialah yang paling teruja dan tidak sabar menaiki kereta api. Selesai makan malam kami balik semula ke rumah. Ahli keluarga yang bersiap sedia kepulangan kami juga bersedih terutama ibu saya yang sudah berapa lama menunggu saat kami pulang.

Selepas berbincang maka saya dan suami mebuat keputusan mengambil tiket bas untuk mereka pulang ke kampung, tiket keretapi juga sudah kehabisan memandangkan musim cuti sekolah, Lusanya mereka bertolak pulang, memang lah rugi kerana terpaksa berhabis untuk membeli tiket sekali lagi, tetapi demi memberi pengalaman kepada anak-anak maka saya merasakan itu semua Allah akan menggantikan dengan cara yang berbeza. Anak-anak yang tidak biasa menaiki bas express juga teruja menaiki bas. Iman memang seronok menaiki bas dua tingkat. Saya pula tidak putus berdoa agar mereka selamat dalam perjalanan pulang. Memandangkan saya ada kerja yang perlu diuruskan maka, saya pulang agak lewat dengan menaiki flight.

Dua hari dikampung rasa tidak puas, namun masa unutk merasa menaiki keretapi akhirnya tiba jua. berkecemak juga rasanya.Kami dihantar olej kakak dan anaknya ke stesen keretapi Tanah Merah. A3wal-awal lagi kami sudah sampai kerana takut terlewat atau jem.Kami sempat makan di cafe keretapi Tanah Merah. Boleh tahan masakannya. Selesai makan kami semua sempat solat jamak di surau yang disedaiakan. Tak sampai sepuluh minit keretapi tiba... suspen juga bila naik. ta[i sebelum itu saya bertanyakan staf KTM di mana kami patut menunggu kerana gerabaknya panjang. Rupanya koc kami di depan.Jadi bila keretapi sampai mudah untuk kami mencari kabi yang ditempah.

Anak-anak seronok memilih tempat masing-masing. Semuanya teratur, kemas dan sesuai dengan harga tiket. Kakak saya dan anak buah melambai-lambai dibalik cermin tingkap keretapi. Saat keretapi berjalan maka bermulalah pengalaman kami menaiki keretapi. Semuanya boleh okay pada saya cuma ia sedikit bergoyang. Mungkin tidak boleh dibanding dengan bullet train di Jepun, underground di UK atau tube di paris..tapi semuanya boleh dikatakan bagus, cuma satu perjalanan yang lama membuatkan agak borong perjalanan tersebut. lebih-lebih lagi ia bergerak pada waktu malam sahaja. Sewaktu sampai di Kuala Lumpur, kata Iman dia lebih seronok naik kereta..tapi kalau waktu pulang beraya mungkin sesuai sebab jem pun lama juga makan masa untuk sampai.

Perjalanan ini memberi pengalaman kepada anak-anak untuk sekali sekala belajar tentang hidup dan keluar dari zon selesa. Sudah pasti ia adalah satu pengalaman yang indah yang boleh mereka bukukan dalam diari mereka masing-masing. Wallahuaalam     



Sunday, March 24, 2013

Responsibilities, Rights & Respect


Salam ukhuwah.

Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. Apa yang lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu.

Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga `tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja. Kalau ada yang mahu mengatakan : `Who cares?’, Dr Har jawab
`I do care! A lot!‘

Hanya Pada Dia Kita Berserah


Ada ketika  yang kita fikirkan baik untuk kita tidak semestinya ia sebagaimana yang kita fikirkan. Hidup ini akan diuji dengan rasa dan emosi yang mana memerlukan kita mebuat pertimbangan. Bila mahu membuat keputusan, maka fikirkanlah sejenak keputusan itu baik atau tidak. Adakala kita ada kecenderungan sendiri, kita sudah ada pilihan yang kita mahu, maka kita tidak lagi mengendahkan segala pandangan dan nasihat. Kita percaya dengan apa yang telah kita putuskan. Kita yakin apa yang kita fikir itu bagus tanpa mengambil kita hal-hal lain. 


Ada ketika kita cenderung membuat sesuatu hanya kerana kita. Kita sekadar nampak apa yang ada didepan manta. Kita tidak mahu melihat perkara yang dihadapan. Pilohan yang dibuat mengundang risiko sama ada sikit atau banyak. Kita bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang kita pilih hari ini. Kesannya mungkin bukan dalam sehari, tetpai memakan masa yang panjang. Maka bila memilih, saat berfirki sesuatu perkara, berilah pertimbangan yang adil dengan mengambil kita baik buruk. Buatlah timbang tara dengan hati yang lapang dan bebas dari kecenderungan dengan solat. Konsep istikharah dna istisharah perlu diletakkan prioriti, selebihnya mohonlah agar Allah menjaga diri kita dari perkara yang tidak baik, dari bala bencana, Hanya DIA tempat kita mengadu dan bermnohon. Moga DIA memberi rahmat dan barakah untuk kita. Ameen.

Wallahuaalam

Thursday, March 21, 2013

Bila Perasaan Mahu Memiliki Menguasai Diri


Ramai dikalangan kita apabila inginkan sesuatu kita seperti tidak sabar, lalu apabila kita telah mendapatkan apa yang dibutuhkan maka ia seperti tidak bermakna apa-apa. Kita hilang rasa bersyukur, kita tiada rasa berunutung, bahkan kita sering lupa janji kita kepada Dia saat kita belum memperoleh apa yang diingini atau yang dicitakan. Itulah manusia, seringkali lupa, jika tidak lupa tetapi tiada rasa mahu bersyukur dengan apa yang ada.

Sunday, March 17, 2013

Panduan Teknik Belajar Secara Berkesan


KAEDAH-KAEDAH BELAJAR


Apa yang jarang diketahui oleh sesetengah pelajar adalah bagaimana kejayaan menyusuli setiap usaha dan ketekunan mereka.

Ada juga yang tidak mengetahui bagaimana harus memulakan usaha supaya apa yang dilakukan itu akan memberi hasil yang baik dan memuaskan. Ya ! setiap orang harus memikirkan soal ini.

Walaupun cara mentelaah pelajaran yang baik tidak sama pada setiap orang dan mengikut jenis pelajaran tetapi ada prinsip-prinsip umum yang dapat diamalkan.

Sebenarnya kejayaan di dalam pelajaran tidak sahaja bergantung kepada kebolehan dan kekuatan berusaha. Tetapi ia juga bersandar pada cara atau teknik belajar. Tidak dinafikan bahawa sesetengah pelajar itu dapat melakukan sesuatu dengan mudah dalam masa-masa yang tertentu dengan kebolehan dan kemampuan dirinya. Tetapi bukanlah faktor yang utama yang menafikan faktor yang lain.




Wednesday, March 13, 2013

Petua Awet Muda



Bila sebut awet muda, pasti semuanya berminat mahu mengetahuinya. Memang ada banyak produk yang menawarkan cara untuk awet. Sebenarnya awet muda mudah sahaja,


  1. Amalkan ibadat dengan iklhas
  2. Maafkan kesilapan orang lain
  3. Lihat masalah sebagai cabaran
  4. Redha dengan apa yang berlaku
  5. Senyum kepada dunia
  6. Elakkan sifat tamak
  7. Belajar terima hakikat
  8. Jangan suka menunjuk-nunjuk
  9. Jangan fikir masalah tetapi fikirkan solusi
  10. Dekatkan diri dengan Allah
  11. Basahkan wajah dengan wudhuk
  12. Banyakkan solat dan zikir

Merasa Diri Hebat Maka Jadilah Anda "Bodoh Sombong"


Bismillah,

Dengan siapa kita berinteraksi, dengan siapa kita berdepan, tidak penting siapa mereka tetapi apa yang penting adalah bagaimana sikap dan tingkahlaku yang kita tonjolkan terhadap mereka.  Cara kita melayan orang sekelilimg kita adalah cermin diri kita. Ia menonjolkan imej kita yang sebenar. 

Sunday, March 3, 2013

Salam Takziah Buat Yang Pergi


Bila baca berita tentang ramai anggota polis yang terkorban di Lahad datu dan Semporna hati sayu. Lantas ingatan menerjah kepada kaum keluarga mereka. Maka ramai yang mempunyai isteri bergelar balu, yang ada anak-anak akan bergelar anak yatim. Sesungguhnya semua ini adalah ujian kepada mereka. Kita sekadar menghulur simpati dan mereka yang menaggung lebih terasa beban kesedihan tersebut.Kehilangan orang tersayang bukan perkara yang dijangka. Sementelah ia pergi dengan cara yang mengejut, sudah pasti ia berbeza dengan terlantar sakit. Maka individu perlu belajar menerima suratan kehidupan. Hanya yang pernah kehilangan akan mengerti perasaan kehilangan. Kita terasa seperti mereka yang pergi itu masih ada, terasa seperti baru semalam berjumpa dan berkongsi tawa dan cerita. Realtinya mereka sudah tiada. Maka untuk menghilangkan kesukaran itu tiada lain kita perlu menerima hakikat bahawa Allah lebih menyayangi mereka. Kehidupan perlu diteruskan, ingatan yang ada menjadi kekuatan untuk bergerak ke depan. Moga Allah mencucuri rahmat dan mengampunkan dosa kepada orang-orang tersayang yang telah pergi dahulu dari kita. Ameen
 

Friday, March 1, 2013

Suratan Perjalanan Kehidupan



http://www.hmetro.com.my/articles/2013030203120320130302031203//Article

Salam Takziah kepada wira negara yang terkorban di Lahad Datu. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Apapun sudah pasti pengorbanan yang diberi akan setimpal dengan ganjaran diperoleh. Saat melihat anak kecil itu berkata-kata menjawab soalan pemberita sedih dan sayu mellihatnya. Bagi ibu muda yang sudah bergelar balu diusia muda sudah pasti hanya dia yang tahu erti kesedihan. Sungguh ia satu perjalanan yang bukan mudah disaat suami pergi dipanggil Illahi dalam masa yang sama mengandung anak yang ketiga, sementelah yang ada masih kecil. Moga Allah memberikan ketabahan buat mereka sekeluarga. Suratan perjalanan hidup adalah ketentuan Allah. "Kita merancang, tetapi Allah mempunyai sebaik-baik perancangan".