Bismillah,
Apap itu kejayaan?
Ramai yang keliru dengan apa sebenarnya yang dikatakan 'kejayaan'. Seringkali kita mengguna pakai definisi yang diciplak dari Barat.
.
Budaya Barat yang menggunakan nilai materialisme yang mwmwntingkan 2 unsur utama pada apa yang disebut 'kejayaan' iaitu 'fame and money'. iaitu kemasyhuran dan duit ringgit. Apabila ini berlaku maka ramai kalangan kita yang mengejar kejayaan dalam 'fame and money'. lalu apa yang berlaku?
Meskipun belum betul-betul kaya inidividu sudah berusaha menjadi orang yang dikenali ramai. Mereka mencari peluang muncul di televisyen, supaya dikenali orang. Tujuanadalah mencari 'fame'. Lalu 'kejayaan' itu dicanang di dalam media supaya diri dikenali orang. Biarpun belum cukup kaya dan belum benar-benar mempunyai wang mereka sudah terdorong mempamerkan wang mereka yang tidak seberapa. Maka individu juga mula membeli simbol-simbol pemilikan wang yang banyak, biarpun dalam realiti simbol-simbol itu dibeli dengan berhutang. Biarpun diri sebenarnya masih jauh daripada benar-benar mampu memiliki simbol-simbol itu.
Businessman yang sejati tidak akan hidup dalam dunia make-belief 'fame & money'.....
.
No comments:
Post a Comment